Sunday, July 17, 2016

Wallpaper Ruang tamu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:17 AM
Alhamdulillah tahun ini akhirnya berganti juga wallapaper di dinding ruang tamu rumah. Sebab dah 3 tahun dan masuk raya kali ke4 dah. Kalau tengok banyak koyak, lubang2 wallpaper tu  .

Sebelum2 ni saya ada juga survey2 korea wallpaper etc tapi sume tak berkenan.  Sesungguh sy adalah seorang yg cerewet juga memilih dalam cubaan mendekorasi rumah.

Proses pemilihan memanglah tersangat memenatkan mata melihat. Susah nak jumpa deco2 yang ada chemistry dengan mata..gitulah istilahnya..haha bukan wallpaper je..deco2 lain pun begitu gamaknya. 


Pilih punya pilih akhirnya saya memilih coraj macam marble ini. Sekali pandang macam cat momento pun ada. Yang corak batuan kecil dibawah untuk dinding di ruang tamu tengah saya. 

Sebenarnya kalau dilihat secara live corak wallpaper original ini ada ciri2 bersinar2 skit pada tekstur coraknya. Tapi tak nampak bila kita snap sebagai gambar. 


Sewaktu proses pemasangan..wallpaper lama dibuka dan dikikis habis sisa2 gam nya semua. Biasa ada extra cas lagi untuk kerja2 begitu.

Bila buka lampu warm light pula. Warna latar wallpaper seakan coklat pula. Padahal sebenarnya warna lebih kepada kekelabuan..

Wallpaper corak batuan kecil di dinding separuh wainscotting ini..


Corak wallpaper sebelum..


Corak wallpaper baru. Kalau perasan...sy masih memilih warna latar wallpaper yg gelap juga untuk ruangan ini..

 Ruang dinding  sebelum dipasang wallpaper cuma warna kelabu sahaja.. kalau dilihat secara live..cat tu pun dah tompok2 sana sini kesan comot2..sakit mata tengok..

Setelah ditampal corak wallpaper baru. Lepas tu jenuh gak duk fikir deco apa yang sesuai yg boleh masuk dgn ruanh ini. Hati tiba terasa nak pasang cermin bulat2 bila dah beli satu keje lagi nak fikir nak susun macam mana plak..

Ok..gambar siap sepenuhnya saya share di entri seterusnya ye..haha saje je nak buat entri satu..kih kih. Tapi sapa yg dalam group kelab kaki deco mesti dah tengok dah deco2 sempena aidilfitri saya di group..












1 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea