Monday, July 18, 2016

Decoraya 2016 Ruang tamu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:03 AM
Alhamdulillah setelah tenggelam timbul menyepikan diri..ramai kata hilang sebab saya senyap2 bertransformasi deco..macam2 lah. Tapi takda apa pun cuma semakin sibuk dengan urusan sehari hari yang semakin bertambah.

Sebenarnya takda plan nak buat transformasi deco pun. Last minet encik suami nak tukar sofa baru katanya masa jalan2 kat kedai perabut dia nampak sofa corner ni terus dia berkenan plak..

Aiseh saya baru berangan2 nak beli sofa lain..ofcourse la sofa idaman hati..tup2 dah beli stail sofa moden gini cuma pattern gini terpaksa lah cuba hias dengan deco2 yang sesuai.

Pasu corak geometri dengan kaktus tipu kecik2 tu beli kat Pasaraya Cowboy ye. Terbekenan plak. Pasu RM29, kaktu kecik2 tu RM6.90 sepasu..


Kalau perasan, langsir2 pun saya tukar skali. Kebetulan memang teringin dah nak tukar langsir ruang tamu dengan sliding tu. Dah 3x raya langsir yang sama..

Sebab dah masuk sofa baru..langsir lama bercorak tu macam tak masuk plak. So last minute saya tempah kedai langsir di Batu Pahat saje.  Konon nak save skit nak tempah Nilai 3 macam dulu..tapi kekangan masa mmg tak dan nak pi survey langsir kat Nilai 3 lagi..

Pastu plak nak fikir pattern kebabom lagu mana pun tak sempat dah sebab to tell the truth saya tempat langsir ni hari rabu minggu terakhir puasa seminggu sebelum nak raya.

So sy sempat fikir stail macam ni saje lah. Janji color plain silver. Semua skali termasuk pintu sliding tengah rm1800. Langsir block out saje. Rasa mcm mahal skit kot compare Nilai 3 mesti dpt murah lagi. Lantak lah tak dan nak pikir dan pergi..

Wallpaper baru ganti wallpaper lama. Kalau perasan base kaler lebih kurang sama..kaler gelap juga. Agak cerewet gak saya nak pilih coraknya sebab saya nak padankan dengan frame kaligrafi yg colorful tu. Kalau saya pilih sebarang2 corak nanti tak frame tu tenggelam plak. 


Saat nak memilih deco2 yang sesuai sangatlah exhausted sebab sy cerewet selagi mata saya macam takda connection je dengan corak/hiasan/warna yang saya tgok tu selagi tu saya tak proceed.

Sofa 2 seater yg duduk tengah2 ruanh tamu dulu saya pindah ke sini..tak tahu mana nak taruk dah. Sementara nak jumpa tempat yg sesuai nanti. 

Sejujurnya saya lebih suka dekorasi kali ini sebab saya nampak ruang jadi lebih luas dan lapang huhu. Klu ikut susunan sofa lama yg jenis 3+2+1 ..sofa 1 seater duk kat tengah2 ruang tu antara ruang tamu dgn ruang depan sliding.

Ada yang tanya tong sampah Ikea yang putih buat letak sampah ke..jawapanya adalah saya convert buat simpan mainan diorang kat ruang tamu. Biasanya org  simpan dalam stor kan lepas main. Tapi memang non hado..memanjang bekas mainan tu kat ruang tamu.

Dek kerana ibu dia memang sakit mata tengok bekas main kaler biru lah merah la kat sudut ruang tamu..jadi saya cari bekas yang kena tema skit..janji stylo..haha. Tu yang dapat idea tong sampah Ikea ni. Of course kaler putih..huhu!

Lepas dah penuh gak tong tu. Saya beli plak stool storage SSF yang kaler grey. Boleh jadi stool dan tempat persembunyian mainan yg perfect di ruang tamu..hehe!

Ingat tak deco lama saya tampal sticker cermin ssf lepas framekan dengan frame ikea. Kalini dah bertukar wajah. Boring sebenarnya..hehe. Tak tahu kenapa saya berkenan frame cermin putih bulat-bulat plak. 

Cermin2 tu saya beli campur2 kat SSF dengan Pasaraya Cowboy


Ruang dinding ni dulu cat kelabu kali ini saya decide nak pasang wallpaper terus. Tapi pening gak nak cari corak yang boleh match..yang penting taknak corak serabut sebab wing chair tu dah bercorak sangat. Last2 saya pilih corak batuan kecil macam pebble stone tu. 

Kalau nak tgok deco ruang tamu yang sebelum ni boleh cari kat label 'ruang tamu' . Next entri saya share cerita deco pasal ruang makan lak

5 comments:

nayfatimah rasyid said...

adoiii haiii semua cantikk ;)

Chekgu Azrine said...

Apa pun semua cantik...tgk entey sis ni xsaba nak duduk rumah sendiri

Dla Tan said...

As salam hayatie! Bole share tk where do u bought th wing chair?

Thanks

Ayu Rashid said...

cantik gilerrrr!

ibuayu said...

cantik..and suka deco mcm ni...

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea