Thursday, June 9, 2016

Melatih Azri berpuasa

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:39 AM
Alhamdulillah, tahun ni Azri dah tergerak hatinya untuk cuba berpuasa. Dah 3 hari dia berpuasa penuh. Cuma hari pertama Ramadhan je tak start berpuasa lagi.

Cabaran nak melatih budak darjah 2 ni berpuasa ni boleh tahan juga. Yang paling mencabar adalah disaat waktu petang. Waktu yang paling kronik lah tahap menahan kelaparannya tu, hihi!. Bila petang dia 'transform' jadi pembengis, moody asyik melenting je lagi-lagi bila si izzet asyik menyakat dia..

Tahun ni kami semua berlatih sahur hanya dengan mengambil kurma 3biji dan segelas air/susu. Azri pun saya suruh bersahur dengan kurma sahaja. Lagipun dia memang takda selera nak makan berat pagi-pagi buta macam tu.

Memang ternyata berbeza betul bersahur ala kadar memadai dengan kurma dengan bersahur dengan mengambil nasi putih berlauk. Jika nasi, belum masuk waktu tengahari pun perut dah terasa kosong dan sangat lapar. Jika kurma, memang tak terasa perut lapar sangat. Mungkin sebab perut bekerja keras untuk  'digest' makanan yg diambil subuh itu dan menyebabkan kita terasa lebih cepat lapar.

Azri pun alhamdulillah, masuk puasa yang kedua dan ketiga ni dah semakin selesa dan kurang terasa lapar lagi dah. Siap boleh ikut saya jalan2 ke Jusco lagi pukul 3petang..

Ibu sayang kamu sangat2. Dah semakin tinggi abang long ni. Nanti boleh jadi assistant ibu, peneman ibu jalan2, dan bodyguard ibu tau! 

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea