Tuesday, May 17, 2016

Buku: Komik Boboiboy Sfera Kuasa

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:02 AM
Beriya-iya azri ajak pergi Popular katanya nak beli komik Boboiboy The Movie tu..
Seperti biasa pengaruh rakan sebaya le tu. Dia nampak ada kawannya bawa komik tu ke sekolah.

Tebalkan komik Boboiboy ni. Dialognya sebiji2 macam dalam wayang tu.
Azri ni memang saya perasan lebih suka membaca buku cerita berbentuk komik, ada dialog. Berbanding buku cerita seperti karangan tu.

Masuk Popular..abang dapat buku..adik sure nak punya..hamikkaw buku dinosour terus..macam paham je izzet nak baca tu..nak buku orang dewasa terus tu. Siap yang hardcover punya ala2 ensaiklopedia dinasour tu rege rm80++ adehhh. 

Puas gak mujuk dia suh amik buku pra sekolah tajuk dinasour juga tapi kartun la..semua dia takmau.dia nak gambar dinasour real. Buku yg  tebal dan berat..adoi lah anak2..

Last dapat buku tu..bukan hardcover tapi memang gambar dinasour real..harga rm34 ok..acceptable. Saya bukan kedekut ke apa nak beli yang lagi mahal..sebab takut buku tu habis rabak tak sampai sebulan. Tu pun balik2 je kulitnya dah tercabut dari tempat gam nye..alahai.

Yang dua tu lagi buku utk terapi jiwa ibunya..huhu! Terjemahan compact dengan Majmu Syarif Kamil; yassin, surah2 pilihan dan kumpulan doa2..senang utk dibawa kemana2. 



0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea