Tuesday, February 2, 2016

Hadiah Giveaway Kelab Kaki Deco

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:33 PM
Selesai sudah 1st Giveaway Kelab Kaki Deco yang telah saya niat nak anjurkan sekiranya KKD mencapai 10k members. Alhamdulillah dari hadiah kecil-kecilan dari stor saya, tiba2 ada lagi sponsor dari 2 orang yg bermurah hati nK sponsor hadiah. Tapi in return saya beri hak esklusif beriklan selama sebulan dalam group KKD dengan hashtag #SponsorKKD

Ada 50 post penyertaan sehingga tamat tempoh GA 26 Jan minggu lepas. Sebab hadiah2 ada banyak, jadi seramai 14 orang dipilih berdasarkan Likes terbanyak. Memang sporting uols yang join, kalah menang bukan faktor utama yg penting dapat share2 deco dan menjalinkan ukhwah lagi ye dakk.. ;)

Baru kelmarin dapat masa nak bungkus hadiah2 yang dari pihak tuan tanah ni hah. Ada 7 barang semuanya. Fuh nak packing elok2 7 barang ni mengambil masa selama 2 hari berturut2..haha.

Ni la dia bila bekerja dengan anak2 kecik. Banyak 'lampu merah'. Jap2 kena berhenti. Sama la juga nak menjahit tu. Jap2 berhenti tu yang tak berani amik order banyak2 tau. 

Dah selesai 1st GA ni kita tunggu 2nd GA plak kalau ada rezeki. Tu sy plan nak buat bila members dah cecah 50k nanti..haha lama lagi tu kot. Meh la korang tolong promote KELAB KAKI DECO ahkak ni hah dalam blog2 korang..kikiki *malu2 sambil tutup muka dengan bantal. 





0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea