Tuesday, January 5, 2016

Hari Pertama Sekolah 2016

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:43 PM
Tahun ini Azri dah naik ke darjah 2 di SRAB Batu Pahat. Izzet pula dah mula tadika di Little Caliphs batu Pahat. Sama macam Azri juga dia start masa umur 5 tahun KG1. 

Rutin pagi2 sekarang kena kejut dua orang sekali terus. Azri macam biasa..memang kena renjis air baru bangun tu pun sempat tido sambil mandi dalam bilik air kalau kita tak pantau..

Yang paling senang izzet lah. Kejut dia bangun..terus dia bangkit takda cbising2 masuk tandas terus. Saya siap2kan izzet dulu..lepas tu kena jenguk azri dalam bilik air dia plak yang kompen memang tak buat apa dlm tu..duduk sambil tido..grrrr

Sebab tadika izzet dengan sekolah azri dekat so memang kena sekali hantar je. Cuma izzet lag terpaksa sampai tadikan dia awal pagi pukul 7.45am dah sampai sedangkan tadika dia masuk 8.20am. Sebab azri masuk sebelum 7.45am kena sampai sekolah dia...

Nota azri yang dia tulis siap2 sebelum dia ke sekolah dihari pertama ahad haritu..hihi. Azri ni memang suka ekpreskan perasaan dia melalui nota2 lecil macam ni. Kalau nak dengar dari mulut dia memang dia kadang2 tu malu..

Cerita basi dah..patut saya nak update masa cuti sekolah tuhari..haha tak sempat. Kalini saya shopping baju sekolah semua dekat Parkson je. Sebab saya redeem voucher Bonuslink RM60..lepas tu belanja RM100 dapat lagi rm10..

Kali ni saya beli kain licin, tahun lepas jenuh nak sental kotor..yg licin ni senang pakai iron steam je. Total RM210 (selepas tolak voucher2) untuk 3 helai kemeja putih, 2 helai seluar, 2 pasang baju melayu putih, 1 psg kasut hitam, 2 set stokin (9helai)..4 helai singlet..

Azri saya suruh dia pakai singlet sebab seksi benau nampak lelemak sana sini...haha! Sorry azri ibu tepek pic sado awak..ok ape. Baru darjah 2 tapi berat dah 40kg lebih kot. Kasut dia dah size 37..huhu!







2 comments:

mOnamie said...

Anak kita sebaya, sama size.. selalu org ingat darjah 6 haha huhu

Hayatie Hashim said...

Ye ke.baju2 semua kena beso je kan....;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea