Friday, January 8, 2016

Balut Buku

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:30 AM
Haha ni pun masukkkk. Nak cerita lah tahun sudah pun saya ada cerita pasal balut buku ni. Tapi masa tu tak semua buku Azri saya balut. Sebab masa Azri naik sekolah tu saya dalam pantang sebab baru bersalin Azri 27 Dec 2014. So persiapan sekolah Azri memang alah kadar je.

Tahun ini baru lega sedikit. Azra pun dah genap setahun hari tu. Jadi tahun ni dapat lah saya bagi masa lebih sedikit untuk balutkan semua buku2 Azri.

Tahun 1 haritu takdapat buku tulis siap2. Masuk sekolah baru cikgu setiap subjek bagi satu2 jadi ada yg rajin balut..yg lain tak balut..hehe. Untuk tahun dua ni pula..buku2 latihan dah diberi siap2 semasa hari pembayaran yuran 31 december haritu. Tapi saya tak terus balut pun sebab nak tunggu dia tulis subjek2 dulu kat setiap buku.

Sebenarnya saya guna lebihan pembalut tahun lepas..sebab saya dalam pantang, encik boss belikan almaklum kalau suami belikan..sekali dia beli boleh buat stok untuk 2-3 tahun terus haha! 
Mula2 saya agak skeptikal skit pembalut segera ni maklumlah berdasarkan yg pernah saya lihat sebelum2 ni plastiknya nipis tak lama tu dah lunyai dan koyak..
 Tapi  yang suami belikan ni memang tebal plastiknya macam pembalut plastik manual tu..

Buktinya ni  contoh buku Azri tahun lepas yang dah balut guna plastic cover ni. Memang tahan lama plastiknya tak koyak punya..dan tak lunyai..

Tahun ni pun tak berapa sempat nak prepare baju2 azri. Masa cuti saya sempat alter seluar2 dia semua je masa cuti. Lencana plak dapat lambat masa 31hb haritu...kebetulan kami anak beranak bercuti kat rumah mak di Kajang. Semua urusan pembayarab yuran semua suami yang uruskan.

Nasib dapat makluman cikgu yang hari Ahad dan Isnin masih lagi pakai baju sukan. So ada masa saya nak jahit lencana. Masa alter samping pun malam khamis nak pakai soknya khamis baru nak potong dan alter haha. 

Mentang2 la boleh jahit kat mesin sendiri je. Asyik bertangguh  je ke saat akhir hihi...










0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea