Saturday, January 9, 2016

Alkisah Arkelstorp dan 3x ke IKEA

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:41 AM
Rentetan selepas pasang wainscoting dekat dinding ruang makan sehingga ke ruang tamu tengah yang ada kerusi wing  chair tu. Meja sisi berbentuk Z kaca hitam tu macam tak boleh masuk dengan panel kayu tu..

Lama juga misi mencari meja console yg sesuai. Sasaran utama memang nak cari dekat SSF je tapi bila masuk SSF semua console dia saya rasa tak kena dimata..haha padahal masa tengok kat FB/IG dia meruntun2 je nak tu nak ni..

Lagi satu saya nak meja yang tidak terlalu lebar atau besar. Masa selak2 katalog IKEA 2016 haritu..tiba2 saya terpandangkan window table Arkelstorp warna hijau. 


Ada 3 warna pilihan

Terus rasa eh macam ok lah meja ni kat tengah2 kusi tu. Terus check dalam website Ikea, tengok stok availability ada 17 ketul lebih kurang. So gigih lah gi terjah IKEA Cheras masa balik cuti sekolah ke Kajang haritu.

Dekat IKEA Cheras haritu saya snap display putih. Saya memang dah niat nak  beli kaler putih walau jauh disudut hati nak juga kaler hitam..huhu

Tapi sebab yg kaler hitam ni meja dia warna kayu. So terus off lah tak jadi nak beli..


Tak puas hati lagi nak hitam ke putih ke hitam...bila gugel banyak contoh putih..so i make up my mind nak putih je lah. Color selamat. In case boring ke boleh je spray hitam ye dak..haha

Masa amik code number kat Ikea, item ni kena request staff untuk 'print order'. Maksud print order maknaya item tu takleh amik sendiri dekat rak2 DIy tu. Kena bayar dulu keluar lepas kauntet cashier gi hantar surat tu ke kaunter collection. Macam saya beli katil Hemnes dulu juga kena ambil diluar sebab kotaknya besar dan berat so customet takleh amik sendiri.

Tapi saya heran juga yg Arkelstorp ni besar hapenya meja kecik je await tak bubuh je kat rak amik sendiri tu kan. 

Lebih kurang 10 minit menunggu depan ni. Staff tu keluar balik dengan muka siap sedia nak esplen..waduhhhhh! Dia kata barang tu takda skarang. Bukan takda kat IKEA, barang tu ada cuma dia tak boleh diambil sebab masuk dalam 'buffer list'...

Apakejaddd buffer list plak. Dia kata item tu dekat rak atas yang paling tinggi..so kalau nak amik kena pakai mesin forklif ke apa untuk turunkan. Dan biasanya diorang buat lepas operating hours time customer takda...pulak huhu.

So saya dijanjikan keesokkan harinya dah boleh collect. Dan keesokkan harinya gigih saya datang semula ikea cheras (nasib la dekat!) Dan sekali lagi hampa sebab barang tu masih lagi belum bawa turun lagi..hoi frustnya lahaii kali kedua dtg ikea tak dpt ambil lagi...

Last2 mereka janjikan saya penghantaran ke rumah secara percuma dalam masa 3 hari dari hari itu (which is dah selasa) sebab hari sabtu kami dah nak bertolak pulang ke Batu Pahat. So kalau ikut 3 hari tu Rabu-khamis-jumaat sahaja..tunggu punya saya masih tak terima sebarang panggilan lagi..

Sehingga pagi jumaat 2-3 kali juga saya terpaksa menghubungi Ikea, yang jawabnya operator Ikea Damansara. Dan asyik kata will sending the message.. last2 dalam pukul 2 lebih dihari jumaat tu, IKEA cheras punya delivery dept call kata mereka akan hantar hari sabtu..

Memang sabtu tu nak balik BP tapi tenghari pula ada kenduri..so dari leceh tertunggu barangnya nak sampai..hari yang diorang call nak hantar tu juga saya pergi semula ke Ikea cheras buat kali.ke3...hatrikk! Tapi sy dah bagitau siap2 yang saya akan datang amik barang tu kalau free..

Dapat juga bawak balik Arkelstorp ni dah la 3 kali ulang alik ke Ikea Cheras tu..huhu.. 

Material arkelstorp ni dari solid pine wood, bukan chipboard/crushwood/presswood etc..so memang kukuh. Yg saya perasan..barang IKEA ni kalau dari jenis solid wood mmg tinggi harganya berbanding kayu habuk tu..rak detolf pun lagi murah ekk..haha!

Ok full action pic di next entri. Azam tahun ni nak update entri lebat2 skit..haha sangattt! ;)


2 comments:

Rizziela said...

Cantik berapa RM ni?

cik hani said...

cantekk...
payah jugak ye bila membeli kat ikea..
boleh pulak dia cakap tak bawak turun dari rak lagi..
memang hangin laaa... datang dari jauh2 tak boleh settle dalam saty hari memang stress la kan..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea