Wednesday, December 2, 2015

Projek Pasang Cermin

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:56 AM
Ya ampunn sejak buat group deco sendiri saya memang payah benau nak update belog. Snap2 pastu cepat je saya share dalam group Kelab Kaki Deco (KKD) dulu..hehe!

Ikutkan patutnya the whole story mory saya tulis dalam entri blog. Oklah azam setiap awal bulan macam biasa nak banyakkan entri dekat blog. Mana tahu ada entri yang jadi paling  banyak trafik..(macam entri plaster ceiling saya dulu..sampai skarang masih lagi dalam top rank Google search list..dan pembuat akaun Nuffnang naik mendadak..hehe!

Oklah nak cite pasal alkisah memasang cermin besar kat dinding ruang makan ni. Sebenarnya ada macam2 pattern juga saya berkenan tapi bila tanya kosnya makk aihhh rm3-4k je semua. Secara logiknya memang pun lebih kurang kos itu untuk ruang dinding dining saya yang berkeluasan 15kakix 12 kaki tinggi lebih kurang. So memang KIV dulu projek pasang cermin ni.

Selepas raya haritu kami jalan2 ke HomePro IOI Citymall nampak lah sekeping cermin yang memang dah siap 'bevel edge' kelilingnya. Amende tu? Alahh efek serong keliling cermin tu lah. Kebetulan memang tengah 'in' juga stail finishing cermin begini.

Dengan harga RM78 untuk size  100cm×80cm. Masa encik boss pun dah kata macam ok juga lagi murah. Jadi kami pun borong la 20 keping terus. Nasib baik dia ada stok masa tu..


Gigih kena cek sekeping2 bukak kotak semua untuk pastikan takda crack, 20 keping diknon dekat setengah jam la juga dok jadi QS kat situ, hihi. Pastu dah le kami tak bawak pickup, terpaksa la bawak kete alza mak, sbb alza je yg boleh rebahkan seatnya secara flat..


Ruang dinding dining yg asal tu dulu ruang dapur sebab tu ada tiles penuh sampai siling. Bila dah ukur sebenarnya yg nak guna cuma 12 keping je yang paling ngam sekali. Takpelah saje beli lebih in case ada pecah ke..

Sebelum kami beli cermin tu, kami memang dah ada contacts tukang yang boleh pasangkan cermin ini. Sebab tu berani beli dulu. Pasal tak semua kedai cermin  nak amik upah pasangkan cermin saje.


Memang payah juga kalau nak DIY sendiri. So kena alat2 yang berkaitan juga untuk buat topang sementara nak tunggu gam kering. Gam pun bukan jenis biasa2, jenis bertiub yg kena guna pump dia tu..ala2 mcm expoxy tu la. Ada kaler cokelat, yg putih. 2-3 hari juga nak naikkan 12 keping cermin besar ni.

Pic setakat yang dah siap.

Ni la close up bevel egdenya yang serong gitu. 


Tetttt sebenearnya tak siap lagi dua keping kat area suis tu. Sebenarnya dinding ni ada dua point utk plug. Itu yang melambatkan lagi proses2 nak pasang cermin ni sebab nak kena pergi bawak kedai tebuk lubang untuk area plug point tu. Nak tutup terus nanti susah dikendian hari takda plug point disini..

Dah bawak kedai, boleh plak tersasar potongannya. Ini antara yg kedai cermin dah warning siap2, chances utk crack etc. Nasib baik kami ada beli spare. Huhu. So kena tunggu tebuk cermin yang baru plak..

Plug point yang belah kanan ni nasib baik ok. Tinggal yang lagi 2 keping tu je..
Ada yang tanya upah pasang cermin ni berapa. Yang kami upah ni RM700 termasuk bahan2 gam tu sume. Kos keseluruhan cermin RM78 x 12 keping  cermin =RM936+upah RM700=Jumlah RM1636 untuk luas 13x10.5kaki. Jadilah jimat kos skit dari kena sampai RM3-4K ...




















14 comments:

norlina jusoh said...

lawa.. rumah nampak berganda luasnya.

cik hani said...

ok jugak tu.. at least takde bayar sampai 3-4K

Nini Mohd said...

cantik. jimat separuh harga tu.

rlongbomba said...

Cantiknye

Juls Julie80 said...

*lap air liur*

Fifi Kifli said...

Ada no contact og upah buat cermin tu ke sis...

Fifi Kifli said...

Ada no contact og upah buat cermin tu ke sis...

Unknown said...

Nak no contact upah org psg cermin tu pls

Unknown said...

Nak no contact upah org psg cermin tu pls

isadah khisma said...

Nak no contact upah org psg cermin tu pls

s a r a h said...

Hi, camane nak masuk group kaki deco tu? Bole tak nk join?

Hayatie Hashim said...

Pergi dekat fb search group KELAB KAKI DECO

Hayatie Hashim said...

Pergi dekat fb search group KELAB KAKI DECO

Hayatie Hashim said...

https://www.facebook.com/groups/1151873334841224/

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea