Tuesday, October 27, 2015

Divider Tangga

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:09 PM
Kalini saya nak citer pasal projek pasang divider kayu, tiang kayu? Hmm tah lah apa2 istilah sebenarnya huhu. Dah lama juga plan nak pasang divider kat atas ruang tangga ni.

Kalau ikut asal ianya terbuka begini. Selalu menjadi tempat tinjau anak anak kadang siap aksi stunt nak bertenggek atas batu tu. Maklumlah boys ni kan. Itu yg saya nampak boleh lah saya halang, kalau tak nampak..huhu selisihhh..

So saya pun survey2 contoh2 divider yg ada tapi last2 saya stick stail paling simple gini je lah. Malas plak nak berpattern. Kang nampak lain yang cantik je mulalah rasa macam dah kureng plak.haha

Saya pun siap sketch guna pics editor sebab nak propose dengan en boss kan..hehe kena lah tunjuk sketch skit. Masa tu dilema nak warna gelap atau putih.

Kalau.warna gelap sama macam tiang divider ditangga dapur (Link) yang saya buat dulu. Warna cokelat gelap sebenarnya...


Atau nak putih, sketch dalam apss memang ler nampak putih striking benau..hehe!..last2 saya pilih putih juga sebabnya nampak lebih lembut skit pandangan ruang ni. Kedua, kalau putih bila dah boring ke nak hitamkan senang je kita boleh wallpaper sticker je ye dak..hehe. 


Tadaaaa inilah hasilnya. Tiang putih yang dibalut dengan glossy formica tu yang macam kat perabut2 tu. Agaknya nampak macam tak kena kang
 dengan kayu railing tangga tu..takpa sebab railing tangga tu semua dalam perancangan akan ditukar ke railing kaca nanti, tempat pemegang kayu tu pun nak tukar ke aluminium hand rail, tak tau tahun bilaa la tu...

Belah dalam ruang ni tak tau la nak bubuh apa..biar je lah kosong dulu..ikutkan sy nak buat divider ala para2 gitu untuk bookshelf..konon lah boleh susun buku nnt kira praktikal la penggunaan divider tu tp lepas pikir saya bukan jenis book worm..kompem para2 tu berabuk je nnt sedangkan almari yg ada pun jenuh mengelap habukk

Ni pandangan dari bawah tangga. Lampu pun dah short satu..haha. plan nak tukar lampu lain gak la .... Okla..buat ado ado..nak fancy2 pon rabak haha. Klau boring nnt kita boleh sticker kan hahah. Divider ni buat skali dengan wainscoting (panel kayu) yg haritu. Kos dia nnt sy update bila dah tahu nnt. Biasanya husbang yg dealkan..bila tanya dia pun tak tau tukang tu belum bagi bil plak..haha!





7 comments:

cik hani said...

Comel ...
Ada askar kecik kat rumah memang safety penting kn..
Dah ada divider, ok sikit

dorsett pink said...

nice

Rizziela said...

cantiknkya... kat rumah sy pun sama..area tangga tu bahaya utk anak2... bujang 3 orang kat rumah tu plak..nasib baik jenis x berani memanjat..kalau berani..payah gak tu

ieza ashaari said...

Ada duit semua boleh. Takde duit berangan je boleh. Hihi. Cantik ! 👍👍👍

Ain Rahman said...

Cantik. Kemas

Lina Affendi said...

Betul tu kalau ada duit semua boleh buat tapi atas faktor keselamatan anak2, kena gigih juga cari duit. (Itu kalau saya la)

Hayatie Hashim said...

Terima kasih semua..sekadar berkongsi idea deco dan renovasi rumah sahaja

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea