Monday, September 14, 2015

Deko Raya 2015: Bilik Tetamu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:23 AM
Waa sadisnya mood nak update blog kesayangan ni selalu kelaut. Bulan berganti bulan konon nak mula share cerita dekat blog last2 kelaut lagi. Tu lah sejak sibuk bertapa dan share deko2 rumah kat group deko FB, masa memang banyak dihabiskan dengan melayan komen2 bagai tu..hahaha! Adehhhh!

Ok kali ni nak share deko bilik tetamu rumah saya. Raya dah habis dah nak masuk raya haji pon tak sempat upload pic terbarun. Err boleh panggil deko ke? Hihi takda hiasan apa pun kecuali perabut basic sahaja. Masih perabut yang sama lagi masa mula2 baru pindah. Susunan perabut pun masih di tempat yang sama. Kalau nak tengok versi dulu sila korek kat label yaaa ;)



Walaupun tema rumah saya keseluruhannya adalah kelabu, putih dan hitam. Tapi dekat bilik2 memang ada sedikit warna lah juga. Untuk bilik tetamu ni memang masih kaler soft green. Lama dah cat ni, masih elok lagi. Masuk tahun ke3 sudah.

Dinding pum banyak kosong juga. Sebab saya tak jumpa lagi deco2 yang menarik hati. Kebetulan saya kemas bilik ni untuk tetamu yang bakal berkunjung ke rumah bulan lepas. Alang2 dah berkilat tu..snap la skit kan hehe!

Saya beli bedsheet biasa je dekat aeon big batu pahat. Malas nak beli set comforter, pasal malas nak basuh. Selimut pun selimut Ikea yang 8.90 tu je..hihi!

See kosong-kosong haha. Ampaian tu patut warna putih kan baru masuk tema perabut dalam ni semua putih. Dah takyah  bazir..kalau rajin spray putih tapi biasa lah penyakit M ada. Lagipun hal2 kemas mengemas pun tak habis2 weh untuk satu rumah ni

Set tilam ni saiz king. Sekali semua dgn wardobe, meja sisi dan meja solek. Awal pindah dulu dah beli siap2 perabutnya. Dah masuk tahun ke3 sudab masih cantik lagi..

Meja sisi ada satu je. Selalu org jual dua kan..tah sy pn lupa request nak 2.  Tapi bagus juga sbab tu pun mcm dahnpenuh. Lampu tidur tu pun  beli yang bajet je jenis plastik kat Ikea RM14.90 tak silap. Kalay jatuh pun tak bahaya. Ni pun mikirkwn takut lah anak2 tetamu terlanggar je. Bulan takut brg tu pecah tp takut ia menderakan orangmmm


Bilik2 kat rumah saya ni semua toilet sendiri. Tak share. Itu juga priority utama saya masa nak beli. Tapi time nak basuh nanges lah sorang basuh toilet..haha

Toilet bilik tetamu. Lantai tu yang hari tu saya ada cerita pasal flake coating kat entrie lepas kan 



12 comments:

cik hani said...

comel... green apple ni cantek laa

NabilaHasyim said...

Semua deko di umh awak cantek2..
pandai awak deko..
sumber inspirasi utk sy, hee

ieza ashaari said...

Bilik tamu pn cantik. Bilik tuan umh mesti sgt cntik.

Ain Rahman said...

cantik dan kemas

Hayatie Hashim said...

Tq cik hani..sy rasa macam tembikai susu hihi

Hayatie Hashim said...

Tq nabila..tak pandai sgt pun deko2..kdg2 jadi..kadang2 tak jadi..huhu

Hayatie Hashim said...

Tq ain ;)

Hayatie Hashim said...

Terima kasih ieza..haha bilik tuan rumah tgh berserabut ..maluu tunjuk dulu..kikiki

cplud miera said...

canteknya lah haaaai. kalau master bedroom mesti lagi kebaboom ni. :)

akish ali said...

cantik & kemas....

Lina Affendi said...

Rumah besar kalau takde permanent masid, upah la orang datang kemas setiap minggu kak. Jenuh tu nak mengemas sorang2 dengan anak kecil.

Lina Affendi said...

Maid*

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea