Saturday, August 22, 2015

Flake Coating Lantai Toilet

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:27 PM
Wohoo sekarang buat satu entri makan masa seminggu..mana taknya upload satu tinggal, pastu connection lost hilang..buat balik..huhu! Kalini saya nak share pasal buat flakes coating dekat lantai toilet. Ngade2 kan lantai ok je pun nak pi tampal lain. Ini inche boss la plak yang beriya nak buat ni. Ai is follow je..hehe!


Sebab musababnya lantai kaler hitam. Dan tiles hitam ni banyak plak sompek2nya di sana. Kalau tengok pic macam cantik je lagi kan..huhu. 

Kami dah lama teringin nak buat masa mula2 tengok kat Homedex Ekspo, ada saya cerita di entri ini dulu. Sefaham saya ada dua jenis kaedah ni; 1. Flakes coating, 2. Pebles stone coating. 

Flakes ni dia macam pasir la ala macam yang budak2 lekat pasir kaler2 kat sticker tu..hehe! Beza pebbles stone dengan flakes adalah pebbles stone agak licin dan flakes coating lebih kasar (anti slip) dan harga pun beza, flakes ni lagi murah sedikit..

Ini contoh flakes coating dengan warna2 yang ada..

Kami buat dengan Enmulticoat cawangan Batu Pahat. Harga untuk size bilik air standard rm750 satu warna, RM850 untuk dua warna. 

Ini pic proses sebelum letak flakes coating tu
 Sebelum tu dia kena gosok tile lama tu yang nampal macam putih2 tu. Tak perlu hack pun tiles lama tu. Kemudian dia akan buat design on the spot dengan masking tape. Lepas dia buat tu dia akan panggil kita tengok ok ke tak dulu. 

Sebelum buat, design2 memang saya dah survey dekat internet dulu sebagai guideline saya. Design yang mereka buat tu kena mengikut kesesuaian ruang toilet dan kedudukan toilet bowl. Sebab tu kita tak boleh plan awal2 design sangat. Sebab mereka kena buat on the spot.


Toilet bawah. Design mula2 kotak2 hitam..tapi lepas tu saya suruh dia buat kotak kecik putih lagi dalam dia..


Toilet masterbedroom. Size toilet ni ikutkan besar lagi tapi dia kira harga standard juga sebab saya buat banyak toilet. Design bungan ni saya ikut  contoh yang mereka dah buat kebetulan bentuk dengan bilik air saya.

Toilet bilik anak2. Design dolphin  ni dari idea mereka. Sesuai la untuk bilik budak2 ni. Saya suka je..hihi

Toilet bilik tetamu. Design simpe begini. Katanya design tak boleh banyak2 nnt nampak semak dan mesti ikut kedudukan toilet bowl.









10 comments:

rostina76 said...

cantik!!!! nak basuh pun senang skit kot ekk sbb dia seamless & licin ?

norlina jusoh said...

lantai tu rasa kasar2 cam pasir ke.. lawa sgt. :-)

Emmy said...

Tq byk2 yati atas semua post deco2 awk....sebab setakat ni byk idea awak yg ramai org bole ikut....espcly yg ni coz sy ingat takde harapan dah nk selamatkan lantai bilik air warna hitam....huhuhu....

Hayatie Hashim said...

Tq kros.. ;) tak licin juga kros permukaan dia kesat mcm kertas pasir tp takde la sampai sakit kaki pijak .. tak original kami tu lagi licin..hihi.. tp dia tak senang berlumut la mcm tiles..lambat skit...klu tiles tu cpt je dah kuning licin

Hayatie Hashim said...

Norlina jusoh: yup permukaan dia kesat mcm kertas pasir tp takde la sampai sakit kaki pijak

Hayatie Hashim said...

Thanks emmy.. yup buat flake coating ni takyah pecah tiles lama tu pun.. no mess... hihi..hasil pun cantik

Haslinda VitaLynd said...

kalau tiles gini daki2 tile tu nampak x y biasa kuning2 bertompok tu.

JaJa_NoRLiza said...

Sayang nak pijak...cantik sgt!! admired!!!

rlongbomba said...

Nnt review, bile dah guna dalam sebulan ke boleh tak? nak jugak tau pro n Cons nye . ^_^

Roslan Ahmad said...

Assalamualaikum...nak tanya selepas dah buat lantai ni lebih 6 bulan ni..masih ok dan mudah maintain ke?

Terima kasih.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea