Wednesday, August 5, 2015

Deko Raya 2015: Ruang Tamu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:36 AM
Lama juga saya tak share ruang tamu rumah ni. Tak banyak perubahan pun sejak mula2 pindah masuk. Langsir, perabot semuanya masih sama lagi. Cuma ada sedikit pengubahsuaian ruang je.

Haritu saya dah share ruang tamu tengah kan. Ni pic keseluruhan ruang tu dari ruang tamu depan. Tak besar pun. Dulunya ruang tu ruang makan lepas ruang makan saya dah pindahkan ke belakang lagi. Ruang ni jadi tempat lapang je lah. Saya memang tak suka banyak2 benda. Memang nak biarkan lapang je.

Langsir sume tak tukar lagi. Dah masuk raya tahun ke 3 sudah langsir yang sama, masih elok lagi. Sayang plak nak tukar. Takyah bazir2..huhu. Saya cuma beli kapet baru. Setelah 2 tahun sudah kapet bulu tu bertahan. Tahun ni saya tekad nak beli baru je. Yang saya beli di Nilai 3 tuhari. Jenis 3D sebab corak2 tu timbul2. Kalini yg tak berbulu sebab senang nak sapu atau vakum. Takda nak simpan serdak2 lagi.

 Kebetulan corak dan warna pun sangat lah kena dengan tema; hitam, kelabu, ada kilat2 skit  kat celah tu memang i like hihi. Rezeki saya beli dpt murah masa tu. Ada promosi katanya. Saya beli rm430 untuk size 7x10 tu.


Biasanya time tetamu datang je saya letak meja kopi kat tengah ni, hari2 lain saya letak tepi sebab nak biar lapang je.

Balang kuih raya bukan kaca. Macam plastik acrylic kot saya beli di Parkson. Memang boleh tahan harga dia rm19.90 sebiji untuk size kecil tu. Yang tinggi dalam rm24 la gitu.

Pastu nak habaq pasal sarung kusyen ni. Sebelum raya tuhari saya saya tengok2 kat kedai borong sakan  Batu pahat. Pastu jumpa sarung kusyen corak yang kena tema kan apalagi saya amik je. Walaupun lain2. Janji warna dia hitam putih kelabu. Harga pun murah2 je dari rm6.90-rm8.90 tau.
Beberapa hari lepas saya singgah lagi..sekali ada datang lagi sarung kusyen salah satu atas tu yg tak cukup saya beli masa sebelum raya haritu..ada 4 helai je. Belasahhh je lah!.




Ni bahagian pintu masuk rumah. Sama je lagi deko. Tambah karpet je. Pun reze lagi saya dapat murah karpet bulu2 sederhana ni dekat jakel rm79 je size 4x6..
Ni lah karpet Jakel tu bulu dia hitam putih. Ikutkan nak letak depan wing chair tapi kecik sangat plak. Tu yg saya bubuh je depan kusi console ni..


Bunga togel tu says tambah skit ranting2 dia dan bunga2 dia skit. Beli kedai Onestop je....

Ok dah..deko raya ruang tamu. Next2 saya share lain plak..hihi






















12 comments:

safurara said...

cantiknyaaaa.teruja tgk rumah cantik2 ni.,

safurara said...

cantiknyaaaa.teruja tgk rumah cantik2 ni.,

Allene typicalmommy said...

CANTIKNYA....simple tak terlalu crowded

Hayatie Hashim said...

Terima kasih safurara.. ;)

Hayatie Hashim said...

Tq allene..ada budak2 mmg kena simple je

✿ Atin ✿ said...

cantek kak

Hayatie Hashim said...

Terima kasih atin

Juls Julie80 said...

cantikkkkkkkkkkkkk sangatt

melelehhh air liurrr..hihihi

selamat hari raya kak :)

Hayatie Hashim said...

Tq juls julie..selamat hari raya..

nona senyum2 said...

Haii, as salam,, saya memang minat2 deko2 rumahh, tp rumah sy x besaq manaaa~

harap ade rumah sendiri satu hr nanti..tlg doakan nona ye, TQ :)

follow youuuu, hehee

Unknown said...

Cantik carpet ni beli dkt mana ya

Unknown said...

Cantik carpet ni beli dkt mana ya

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea