Tuesday, June 30, 2015

Pengalaman membawa Stroller ke China

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:54 AM
Hah amik ko tajuk specific..kih kih! Saje je senang kan orang search pasal stroller macam saya juga sebelum bercuti haritu punya lah dilema nak bawa stroller ke tak. Puas baca blog2 orang pasal stroller.

Akhirnya saya buat keputusan untuk bawa sekali stroller saya. Dan ternyata tak sia-sia rupanya saya bawa stroller tu. So saya nak share juga pengalaman mengangkut stroller sepanjang 6 hari 5 malam percutian kami Hong Kong dan Guangzhou.

Sebelum berlepas, saya dah check dulu peraturan mengenai stroller baby untuk flight Air Asia. Disebabkan bayi takda luggage allowance sebab baby tak occupied seat so in return kita boleh bawa stroller dia tak kira berapa berat gedabak pun stroller tu..haha!

Tapi atas nasihat sila lah bawa stroller yang super lightweight kalau yang bawah 5kg lagi bagus. Walaupun tak compact pun janji ianya ringan. Tapi kalau kalian suka je nak angkut stroller hat beso2 tu terpulang juga la kan..


Masa kita nak check in luggage..stroller pun perlu tunjuk untuk dapatkan tag sticker yang akan dilekatkan pada stroller tu. Tapi stroller tu tak perlu pun kita serahkan dengan bagasi2 kita...



Lepas tu boleh sorong lah stroller tu sampai ke depan pintu kapal terbang. Tak susah sebenarnya nak angkut stroller pergi bercuti naik flight. Yang penting stroller kena lah paling ringan, bagi pendapat saya lah. Sebab kalau berat kita akan rasa terbeban dan kurang enjoy plak nanti. Tengok tu, anak buah saya yg darjah 4 tu yg excited nak tolak stroller tu..hihi.

Cuma masa saya baca blog orang depa kata hulur je kat cabin crew yang tunggu depan pintu flight tu kan. Tapi masa saya haritu, diorang suruh saya letak siap2 dekat pintu sebelah aerobridge tu. Buka pintu tu kemudian letak luar pintu aerobrigde tu, nanti ground staff akan kutip stroller letak dalam ruang kargo bersama beg2.




Stroller ni lebih jadi tempat rehat untuk azra je waktu kami duduk berehat2. Kebanyakan masa memang saya dukung dia dalam baby carrier. Masa nak makan, tukar diapers je stroller ni memang amat  berguna.

Sepanjang kat Hong Kong lagi mencabar sebab perjalanan kami ke sekitar Hong Kong lebih banyak berjalan kaki dan menggunakan subway train MRT. Masa ni lah berat stroller yang nak diangkut tu menjadi kriteria utama saya. Walaupun stroller Aprica tu tak compact bila ditutup..standard fold sahaja tapi ianya memang ringan, hanya 3.5kg sahaja..

Masa naik MTR pun bukak juga stroller sebab anak buat dah keletihan sampai tidur..mujur senang je  nak menyelit dicelah2 kesesakan orang dalam train tu. Nak tolak melangkah gap pun senang.

Berbaloi juga bawa stroller sebabnya izzet juga boleh naik bila dah keletihan berjalan. Hihi baby tua ni memang banyak songeh kalau penat. Penat skit dah mintak dukung. Nasib berat dia belum melebihi berat maksimum untuk stroller tu..

Last sekali, boleh jadi tempat letak barang gak..bila tangan kiri kanan dah penuh dengan barang shopping...hihi!

*next entri saya share lagi pic2 sepanjang kat Hong Kong dengan Guangzhou.. 







2 comments:

dorsett pink said...

berbaloi sangat kan bawak stroller.. kurang penat kite nak dukung baby... and baby pun enjoy

Hayatie Hashim said...

Dorsett pink: memang berbaloi..hihi..tq for the sharing experience tuhari yaa ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea