Wednesday, June 17, 2015

Cerita Percutian ke Hong Kong & Guangzhou

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:06 AM
Jet lag tak habis ni. Amboii hamik lah jet lag..macam lah dari 'paghis' duk 13jam dalam flight haha! Selama 6 hari 5 malam kami sekeluarga bersama keluarga akak ipar bercuti ke dua destinasi iaitu Disneyland Hong Kong dan juga Guangzhou, China.

Ada banyakkkkkkkkk benda nak share, nak story sepanjang hampir seminggu disana, so stay tune ye chewahhh! Bajet blogger retisan plak haha. As usual la kaki blogger mana bleh tak share kan..kan kan! Nak karang entri ni pun dah hari keberapa lepas balik Malaysia awal pagi isnin haritu..huhu

Kami semua menaiki flight Air Asia sahaja. Akak ipar dah siap2 booking masa promo katanya. Tapi exactly berapa harga tiket ke Hong Kong saya kurang pasti. Tak silap RM470 sorang pergi balik 

Azri excited sebab kali ni baru dia terasa menaiki flight. Last dia naik flight masa umur setahun lebih mana nak ingat kan. Flight kami ke Hong Kong haritu lebih kurang pukul 4.50pm dan perjalanan ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4jam. Kami tiba di Airport Hong Kong dekat nak 9pm juga..

Kat airport HK ni macam lain skit. Turun2 dari  flight, jalan ingat terus amik bagasi dah..rupa2nya kena naik macam bas atau Tram yang dipanggil 'transfer'. Kitorang mula2 cuak juga nak  naik kot las bas ni kang terus bawak keluar airport terus sebab beg2 tak amik lagi kan...

Tapi officer terus arah2 naik dalam bahasa Kantonis ..'transfer-transfer'!.. Rupanya dari tempat turun flight nak ke bangunan yang menempatkan bahagian 'arrival/departure/checkin' memang jauh. 

Pemeriksaan imigresen Hong Kong



Kitorang orang yang last skali amik bagasi sebab 2 beg kitorang dengan stroller belum keluar lagi. Baru tanya dekat bahagian 'Luggage Inquiry' tup2 beg dgn stroller keluar kat tempat beg...hehe!

Selepas amik luggage kitorang terus ke kaunter Airport express train untuk ke Kowloon..malas nak cari Cab..naik train lagi mudah. 


Selfie jap. Kemain suka azri lepas naik kapal terbang, naik train plak..hihi

Naik train Aiport Express ni mudah juga. Tak yang risau dengan bagasi besar, stroller kita etc, ada tempat letak beg yang disediakan kat depan tu.

Kami berhenti di stesen Kowloon tak silap. Sampai situ ada shuttle bas yang akan bawa kita terus ke Kowloon city. Tak payah  bayar lagi sebab dah termasuk dalam tiket train tadi. 

Shuttle bus tu berhenti dekat Hotel Holiday Inn Hong Kong. Walaupun kami tak duduk situ tapi hotel kami tu berdekatan lah juga..kena jalan kaki.

Orait sampai sini dulu cerita pasal cuti2 kami sekeluarga kali ni..ada lagi cerita2 kat Disneyland, perjalanan ke Guangzhou..tempat2 shopping kat sana. Pengalaman bawa stroller etc... Pelan2 upload gambar..hihi














3 comments:

cik hani said...

bercuti dengan family memang besttttt

Hayatie Hashim said...

Ye betul..walau penat layan karenah anak2 tp seronok.. hihi

Cik ZaIRI said...

Salam sis... saya pun baru jugak p HK... bulan march baru ni...
puas hati jalan2 kali ni.. cuma disneyland msa saya pegi ada yg renovation... yang lain semua tip top.....

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea