Friday, April 10, 2015

Projek Wall Makeover: Dinding Bilik Air

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:00 AM
Lama dah saya fikir-fikir macam mana nak cover  cela kat dinding depan toilet ni. Nak cat semula memang malas..renyah! Penyelasaian tampal wallpaper je..tapi  nak carik coraknya plak cerewet hehe..


Tengok dah berpeta..mengelembung pendek sakit mata setiap keluar masuk tengok..

Last2 saya jumpa juga corak yang saya fikir sesuai. Yess corak bata ni..dan semestinya warnanya wajib banyak putih keseluruhannya.. putih, kelabu & hitam warna tema rumah..hehe!

Fuh, satu hari setengah siap sudah. Kalau pitstop toksah kira. Tupasal sampai satu hari setengah..hehe. Kalau sekali hadap betul2..dalam 2 jam je siap kot..


Encik boss balik terus berkenan plak. Siap suruh beli lagi untuk kat pasang tiles putih sebelah dinding tu plak..macam ok juga idea tu!

Sedikit fakta mengenai wallpaper ni. Ianya bukan wallpaper ori yang kertas tu. Wallpaper ni dari PVC, siap2 ada gam dibekakang self-adhesive. Sebab tu dipanggil wall sticker juga. 

Beza dengan wall paper saya diruang tamu tu. Yang tu wallpaper original dari kertas. Kertas pun tebal. Kena guna gam khas masa nak tambal. Corak dia kebanyakan timbul dan bertekstur sebab tu lebih mahal. Satu roll range harga dari RM100-200++ tengok design. Kos wallpaper yang saya buat dekat ruang tamu tu pun dah RM1k lebih kot..

Wallpaper korea, Wallpaper 2D & 3D tu semua la jenis ni PVC. Memang murah. Dan lebih nipis. Paling murah rm35 per roll (45cm x 10m).

Yang saya guna kat dinding ni ngam2 satu roll sahaja. Dari segi ketahanan tak dapat dipastikan ler sebab baru je guna..hehe!





3 comments:

ieza ashaari said...

Cantik. Rasa macam pindah rumah baru kan. Hihi.

norlina jusoh said...

cantik sgt.. ada berkenan gak nga wall paper pvc ni.. cuma xpasti ketahanan dan rosak x nanti dinding bila nak tanggalkan.

Cik Kumbang said...

cantiknyaaa
suka corak bata2 ni nmpak ala2 omputih ckit hehe

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/search/label/DIY

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea