Monday, March 2, 2015

Ruang Makan & Dapur Kering

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:10 AM
Wahh sakan akak tau minggu ni, kih kih. Kerja mengemas je tak habis-habis. Semua barang kena masuk kabinet. Lepas tu bila nak cari satu barang tu semua kabinet kena bukak pasal tak ingat kat mana letak tu..kiki

 Kelmarin dah share kabinet dapur basah. Kalini share ruang makan dan dapur kering. Ini versi baru lepas kemas. Dah lepas kemas penat-penat haruslah snap kan. Bukan senang nak dapat masa kemas berkilat dan teratur ni.

Kalau sehari2 ada towel tersangkut kat kerusi makan..cawan kat serata meja. Mainan atas meja. Kat lantai ..hehhe

Bila dah kemas gini apalagi selfie le terus..jom cuci mata..

Ini dapur lama sebelum projek extend belakang rumah. Sekarang dah jadi ruang makan. Jadi ruang tamu dah tak nampak lagi meja makan.  Macam biasa takda sebarang hiasan sangat baik dibawah mahupun di dinding. Sebab saya cerewet nak letak hiasan. Susah nak cari yang berkenan. Saya tak suka asyik bertukar2 hiasan bila dah bosan rasa macam membazir plak.

Ruang makan ni sudah dipisahkan dengan indoor sliding door yang baru siap dengan KC sekali. Seperti yang saya idamkan..kih kih. Tinggal nak letak soft furnishing saje mcm langsir.


Ini ruang dapur kering saya la kononnya..kih kih. Tempat buat air kat sini. Water filter pun saya letak sini. Senang nak ambil air tak jauh sangat kalau letak dekat dapur masak tu. 

Ingat nak beli karpet nipis tapi tak berkesempatan nak terjah tempat karpet lagi. Tunggu lah dekat2 nak raya kot..ingat nak beli karpet baru untuk ruang tamu skali. Buat sementara gunalah apa yang ada.. tikar buluh tu je..hehe. Buat alas2 nak jalan tak lah sejuk kaki. Lagipun  bila beralas kurang kesan comot ..kurangla kerja nak mop sebab tiles saya warna putih. 


Nampak tangga dapur kat tengah2 ruang dapur. Itu yang saya katakan dapur saya terpisah. Tempat masak tu kat sebelah tangga tu..


Siap sudah kebanyakkan renovasi yang telah dirancangkan. Sekarang tinggal hiasan dan dekorasi sahaja. Dan juga aksesori2 kat dapur. Deko tu masih blur lagi..buat masa ni biarlah kosong dulu.




4 comments:

Mama Idlan Irsyad said...

cantiknya..

Lina Affendi said...

Cantiknya..

Irma Putri said...

wah kak..cantek

Rashidah Juraini said...

cantik la..tapi rumah saya ni dapur belum besar..huhu..step stool tu beli mane?hehe

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea