Tuesday, March 10, 2015

Renovasi: Pagar Tembok Keliling rumah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:08 PM
Kemain semangat nak cerita pasal rumah. Kalini nak cerita pasal tembok keliling rumah. Apa ek orang selalu panggil? Pagar tembok? Pagar batu? Dinding tembok? Hmm apa2 lah. Memang dah jadi anganan paling awal untuk buat tembok batu keliling rumah. Sebabnya tembok asal rumah alahai rendahnya. Lepas tu di letakkan pagar grill sahaja. 

Antara sebab2 yang menguatkan keinginan untul mendirikan tembok adalah sebab ingin privasi yang lebih sedikit. Bila sudah tertutup dengan tembok, ruang penglihatan sudah sedikit terhalang walaupun boleh je mengintai dari  celah2 lubang.

Sewaktu fasa rancangan nak pilih design tembok macam mana, pening juga. Konon nak kan kelainan lah. Nak kan ala2 moden skit la. Tapi bila google semua contoh takda yang berkenan. Yang over sangat pun ada takut nanti lama jadi tak suka pula..

Akhirnya saya pilih design selamat je lah. Malas nak jadi 'rare' sangat sebab takut hasilnya tak cantik pula..Memang puas dah saya google design2 tembok. Siap ajak encik boss pusing2 kat taman2 perumahan di batu pahat untuk tengok tembok rumah2 orang lain, over kau! 

Akhirnya saya pilih stail biasa je lah. Banyak rumah gak Stail lubang-lubang gini. Saya taknak tembok yang tutup semua. Dah macam tembok penjara je skema..hehe! 


Saya share gambar rumah sebelum dan selepas renovasi..

Gambar keseluruhan hadapan rumah. Masa ni takda pillar light lagi ..

Nak selit juga pic ulangan..pillar light yang dah berjanggut nak cari sebab susah sangat nak jumpa yg berkenan. Berbulan-bulan juga mencari..


Kalau dilihat dari sisi rumah. Tembok belah sini tingginya 6 kaki. Sebab sebelah tu dah takda rumah lagi. 

Lubang2 tu kami guna (orang panggil) batu angin yang dah siap. Ada size batu ni..yang kat tembok 6 kaki ni batu anginnya kena tinggi skit. Sebab tembok saya panjang. Dari belakang sampai depan memerlukan 48 biji batu angin ni. Sebiji je dah RM100 lebih. 

Tembok disempadan jiran lebih kecil sedikit, rasanya dalam RM70-80 kot sebiji. Kat situ je dah pakai 12 biji. Total untuk batu2 angin je dah dekat RM5k lebih. Gitu gini cecah RM10k juga kata encik boss. Keseluruhan panjang tembok lebih kurang 250 laki keliling...

 Boleh je kalau nak jimat belanja..tinggal ruang lubang dari  batu bata. Tapi saya tak minat pula stail tu..takpalah belanja lebih skit kat situ janji puas hati..hihi!

Yang bersempadan dengan jiran sebelah pun kami naikkan tembok juga tapi tak setinggi tembok tepi rumah. Kat sini hanya 5 kaki tinggi sahaja..paras asal. Boleh lah nampak orang sebelah kalau nak borak2. Kalau ikut tinggi sama macam keliling dah macam taknak bercampur orang plak.

Sebelum tu dah inform jiran kami pasal nak robohkan tembok asal ni. Alhamdulillah jiran sporting pun dah cukup baik untuk kami..huhu!



12 comments:

Juls Julie80 said...

pengsan saya tgk rumah akak nih...

cantik sangat2... rumah saya entah bila laa nak siap... hehehe

Lina Affendi said...

Kalau banyak rezeki macam-macam boleh buat. Bestnya..

Irma Putri said...

fuhh lap peluh tgk pagar....

cik hani said...

comel.. dapat pagar sis yang lama pun saya dah suka, ni pulak yang terbaru mesti lagi suka..hehehe..

selalu cerita kat suami pasal rumah ni. Suami pun pernah tengok dalam blog, di acakap " oooo.. rumah yang besar tu". hehehe..

Ema Minami said...

suka tgk rumah akak!!...semua bahagian cantik2...sy mampu tgk dan baca jek...hehe...suami sy pun kagum tgk rumah akak hayati ni...rumah inspirasi kami...kekekeke

Hayatie Hashim said...

Cikhani..ada rezeki lebih, syukur alhamdulillah... ;)

Hayatie Hashim said...

Ema minami..harta sementara..syukur alhamdulillah..tqvm dear ;)

FIFIE RAZAOB said...

wah..cntek nye rumah..amik dgn kontraktor mane ye?

Danial Hakimi said...

Tumpang tanya berapa kos tembok sekeliling rumah tu?

Danial Hakimi said...

Tumpang tanya berapa kos tembok sekeliling rumah tu?

Danial Hakimi said...

Tumpang tanya berapa kos tembok sekeliling rumah tu?

EvonneCici said...

Boleh pm contact kontractor x kak. Lawany a rumah. Suka sangat

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea