Sunday, March 8, 2015

Jalan-jalan ke Ayer Hitam

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:07 AM
Cuti hari minggu lepas saya saje nak cuci mata kat Ayer hitam. Tujuan sebab nak cari balang seramik warna putih. Ada memang ada tapi semua tak menepati citarasa saya. Semua stok makcik2 je gayanya..haha hamik ko marah makcik2 nanti..hehe..

Saya berkenan dengan pasu buah2 tembikar ni. Berat woo ada macam2 patternm yang kecik bertangkai tu je RM165. Kalau yang lebar lagi macam kat row no.2 tu dalam rm230..boleh nego.

Berangan nak letak kat bahagian dapur atau ruang makan tapi masih berkira2 masa tu. Lagi satu saya takut pecah..sebab rumah tengah ada anak2 sedang membesar ni susah nak ada hiasan atas meja..(belum cerita lagi TV saya skrinnya short/pecah kena baling dgn budak2 ni..whoaa tunggu saya cerita di lain entri) .

Ditambah Azra yang tak boleh nak diam lama2..setengah jam je dah gelisah, merengek. Terus potong mood saya nak survey2 lagi.

Sekarang nak snap pic kat kedai2 ala2 paparazi pun tak dapat banyak..huhu

Ada satu kedai hiasan2 yang sempat saya terjah banyak gila jual aksesori hiasan..yang paling best ada jual replika2 barang antik macam telefon, saterika besi, pistol senapang zaman penjajah pun ada.. Sesuai dijadikan hiasan dalam display cabinet...
pic tak sempat nak snap la..

Pun  berkenan nak sambar jam ni..tapi berkira2 lagi nak beli tak tahu nak letak mana. Harga rm160 selepas tawar dia boleh bagi rm130..

Banyak kedai saya tak masuk pun sebab Azra takleh lama2..kadang2 saya tinggalkan kat encik suami pun dia melalak tak lama tu. Haihh memang tak dan nak window shopping bila dah ada baby kecik ni..

Tak lama kat Ayer Hitam tu, rasa tak sampai 2 jam kot pusing. Last2 bunga orkid ni saje saya beli RM30 je..haha punya lah  banyak hiasan kat situ kebanyakannya takda yang 'tertangkap' di mata saya. Kan dah habaq saya memang  cerewet nak pilih aksesori..

Pic ulangan lagi. Bunga kedua selepas satu pasu di ruang tamu..hehe. Saje letak atas meja lipat tu. Meja tu meja makan IKEA Norden. Sengaja saya letak disitu in case kalau sedara2 datang..anak2 boleh makan disitu..kalau meja makan bulat tu dah tak cukup tempat kih kih..

Macam mana meja tu? Dulu saya ada share kat kat entri ruang makan keluarga dulu. Sementara saya rasa senarai barang2 yang nak dibeli di Ikea sudah bertambah sejak kabinet dapur dah siap ni. Siap sedia sesi terjahan ke Ikea masa cuti sekolah minggu depan..kalau balik Kajang la..huhu










1 comments:

arda said...

kedai ni dkt area mana yerk?

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea