Tuesday, February 24, 2015

Renovasi: Sinki Granite

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:02 AM
Kalini saya teringin nak pakai sinki granite. Tak tahu le apa keistimewaan nya selain dari harga yang agak mahal..huhu.  Saya beli kat kedai di Batu Pahat juga. Tapi saya tengok Lazada lagi murah beza dalam rm200 juga. Kedai di Lembah Klang pun lebih murah juga. Malas nak mengangkut..beli sini  je.

Kebetulan sama dengan set kitchen hob dan hood saya, Rubine.

Oklah matching dengan work top granite kabinet. So far dah guna seminggu sinki granite ni. Kalau membasuh takda lah bunyi keletang keletung..kih kih. Nak bersihkan pun senang sebab dia tak lekat daki sangat. Warna pun gelap tak cepat nampak kotor.. ;)

Kepala paip saya pilih jenis flexible hose. Kalau gini senang nak lentur kemana kita nak berbanding yang fix tu. 

Memula berangan yang lagi panjang ala2 cafe tu. Tapi fikir kang lama2 jenuh nak bersihkan celah2 besi tu sebab dia macam spring skit.

Yang ini pula sinki granitebsingle bowl bulat untuk dry kitchen. Pun jenama yang sama Rubine. Saje pilih ni selain boleh jadi tempat basuh tangan boleh juga buat tempat cuci cawan.

Tak ingat yang ni berapa harga tapi dalam RM600-700 juga..yang double bowl tadi tu RM1k+

Tunggu cerita pasal KC dientri akan datang pula .. ;)


1 comments:

rini.borhan said...

cantik! mesti rajin ke dapur nanti..hehe..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea