Saturday, February 28, 2015

Projek Kabinet Dapur: Dapur Basah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:39 PM
Ramai yang dah tak sabar nak tengok kabinet dapur tempat masak plak yer. Chewahhh bajet deko lah sangattt kan..hahah! Hari tu ada terselit kabinet dapur kering yang  bersebelah indoor sliding door tu kan. Kalini nak share dapur basah pulak. Macam yang saya kata dapur rumah saya bukanlah satu ruang besar. 

Kalau diikutkan lagi kecil dari ruang dapur lama saya dulu which yang saya jadikan ruang makan sekarang. Terdapat dua Bahagian dapur rumah saya yang dipisahkan dengan tangga dapur ditenggah macam dalam entri tiang deko di tangga dapur yang lepas. Jadilah dapur basah iaitu tempat masak dan dapur kering iaitu tempat buat air etc.

Jom layan pic...

Seperti yang dilakarkan masa sketch tuhari. Pintu kabinet adalah dari Kaca 3G beza dengan dapur kering saya pintu kabinet dari kaca 4G. Perbezaannya kaca 3G ada frame aluminium keliling dan kaca 4G frameless. 

Mula2 saya argue juga dengan orang cina buat kabinet ni kenapa tak buat kaca 4G dekat tempat masak. Dia kata yg jenis 4G memang akan (meresap) masuk minyak dicelah antara kaca dan pintunya..cantik memang cantik tapi 1-2tahun confirm kami carik dia balik, katanya. Dia pun siap  cakap takda tipunya (dia pun kawan kerja en boss juga) buat apa bazir. Takpelah kami terima maybe sebab dia dah biasa dengan KC so dia lebih arifkan..

Sama juga konsep yang saya nak, bawah putih atasya cermin. Susunan seperti ini. Tapi agak semak juga bila kesemua barang elektrik seperti fridge , oven, microwave di kumpul semua kat ruang yang kecil..hmm takpelah. Agak silap percaturan disitu..jadi untuk memberi kesan ruang yang tampak lebih luas, saya tak boleh nak letak barang2 diluar kabinet atau letak aksesori wall fittings macam tempat gantung ke, para ke etc. Hatta garam minyak etc pun saya kena susun masuk kabinet sahaja...

Dapur masak saya. Memang dari sebelum ada KC guna elektrik saje tapi masa tu guna portable. Bila beli set hood dan hob saya pilih cooker yang ada 2 jenis iaitu induction dan hi-light. Sudah apa plak bezanya ye? Kih kih. Bezanya induction hanya boleh guna periuk dari stainless steel, aluminium dan cast iron saje. Hi-light boleh guna kebanyakan jenis periuk macam kaca, besi etc.. 



Menghadap tempat masak tu ada kabinet lagi atas dan bawah. Tempat kerja kalau nak potong bawang ke sayur ke etc. Konon nak letak bar stool kat depan worktop tu tapi makin nampak semak je..jadi hasrat dilupakan..huhu

View dari sinki. See, mesin basuh pun saya sumbat sekali kat dapur. Saya takda laundry area. Saya letak betul2 sebelah pintu dapur sebab senang nak terus sidai kat luar pintu. Kalau saya letak tempat lain, jenuh plak nak mengangkat bakul baju  yang nak disidai. Mesin basuh plak jenis 16.0kg. Basuh baju 2hari sekali untuk 5 orang penuh mesin.

Kat ruang tangga tu dulu open ..skang dah dibuat ala2 stor mini. Ada pintu kecil disitu. 

So itu sahaja pic dapur kecil ku..kecil je kan..huhu











16 comments:

Ezy Loy said...

nmpk mcm luas je dapur akk ni..
hehe

Afne said...

waaaa nangis tgk kc dia cantiknya. afne pn berangan kaler putih tp asik la berkira2 dgn tahap kerajinan diri sendiri.

Hayatie Hashim said...

Ezy loy..ilusi je tu..

Hayatie Hashim said...

Afne..takpe nnt bila dah ada automatik diri akan gigih..hihi

Juls Julie80 said...

haaaaaaaaaaaaaaaaa

betul2 menangis tgk rumah akak nihhhhhh :'(

Hayatie Hashim said...

Juls julie: jgn nanges dulu dik..kikiki

Aty_Fared said...

nanges tengok...sebab cantik sangat2...

Chekgu Azrine said...

mata saya tengok yang lawa je..hehehe....tak nampak sisi yang cacat ke apa..neway...tahniah sbb ada dapo yang sangt cnatik..:-)

Norhazrina Abdul Hamid said...

cantik sgt. dapur besar dan luas. sy pny dapur kecik je. xbuat lg kc. tah bila nak buat. huhu

Hayatie Hashim said...

Aikm sume pakat nanges berjemaah plak..kiki

Hayatie Hashim said...

Chekgu azni: tqvm...alhamdulillah

Hayatie Hashim said...

Norhazrina: dalam pic mmg nampak besar je..realiti..mmg agak kecil..tapi tak tau pandangan orglain kan hihi

Leya Peja said...

Tangga tu untk ke tingkat atas ke hayatie??? Cnteknya la... syg rasa nk gune... bertuahnya awk...

Hayatie Hashim said...

Leya: tak..tangga tu khas ke tingkat atas dapur sahaja..tingkat atas rumah yg ada bilik2 semua ikut tanggah utamah kat tengah rumah ;)

n kk said...

Berapa ye kos? Boleh share?Tqvm

n kk said...

Berapa ye kos? Boleh share?Tqvm

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea