Friday, February 6, 2015

Jadual Waktu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:35 AM
Lama dah membebel pasal ni tapi malas betul nak menaip..hehe. Off topic harini dah hari ke41 berpantang, dah nak merdeka weehuu! Ok ni nak bebel pasal jadual waktu.

Encik suami yang kena daftar dan ambil buku2 disekolah sebab saya baru lepas bersalin. Bila dapat jadual waktu ni terus blur jap. Singkatan semuanya. Mujur ada singkatan yang boleh saya tangkap. Dan ada juga beberapa singkatan yang saya tak tahu contoh DSV. Lepas tu keliru dengan BAK dengan BA. Kalau BA Bahasa Arab, BAK pula apa? Bahasa Arab Komunikasi. ? 

Dah 2 dekat nak sebulan sekolah baru saya tahu DSV tu Dunia seni visual. Itupan sebab nampak post kawan kat FB. Rupanya ramai juga yang dapat jadual waktu begini tanpa ada penjelasan untuk setiap singkatan. Saya ingatkan sekolah azri je..huhu.

Persoalanya kenapa pihak sekolah tak sediakan nota kecil untuk terangkan singkatan2 tersebut ek?. Peta dan graf pun ada legend untuk setiap singkatan yang ditulis..





2 comments:

Emmy said...

Kalau ikutkan sepatutnya mmg kena ada....mcm sekolah anak saya...ada note utk singkatan subjek and note nama penuh setiap cikgu subjek tu coz di jadual letak nama panggilan masing2.... so maybe leh cadangkan kat pihak sekolah....biasanya leh nmpk sikit improvement bila kita bg teguran / cadangan hehe

dorsett pink said...

Tahniah dah nak habis pantang... lepas ni merdeka la

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea