Sunday, February 1, 2015

Demam sudah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:36 AM
Akhirnya buat pertama kalinya azra demam. Cian azra dalam hari pun dah kena demam. Ni berjangkit dari abang-abang dia lah ni. Mula azri yang dah kena batuk selsema seminggu selepas naik sekolah. Mana tak batuk, bagi duit belanja asyik beli air sejuk je kat sekolah. 

Azri memang alah air batu nanti tonsil dia cepat bengkak, batuk demam. Yang paling teruk sampai kena admit wad awal tahun lepas sebab tonsil dia kena infectious mononucleosis.

Lepas tu izzet pulak jangkit. Dah masing-masing kung-kang, sok-sek satu rumah. Lepas tu sibuk je nak cium-cium baby azra. Dah halang-halang pun kena juga

Dari kelmarin saya dah perasan dia dah mula batuk-batuk bila tengah malam. Lepas tu badan dan rasa dedar-dedar sedikit. Semalam satu hari badan panas, check suhu asyik 38c ke atas sampai ke subuh.

 Saya memang fobia skit bila baby badan panas ni. Teringat izzet waktu 2-3bulan tak salah. Demam selepas cucuk klinik sampai hampir nak sawan bila anak mata dia dah mula tertarik tarik ke atas. Rush pergi emergency KPJ Kajang, suhu dah 40c terus kena mandi sebaldi air berais..

Alhamdulillah, harini dah tak panas lagi badan azra. Semalam kene mendemah badan dia dengan air paip. Sampai pukul 3 pagi check semalam check suhu yang paling tinggi 39c. Pagi-pagi buta kena jirus air lagi. Dengan saya-saya pun basah sebab kena jirus sambil dukung untuk mengurangkan kemelalakkannya. Pegang pun melalak apetah lagi rendam dia terus dalam besen...

Saya sapukan krim herbal telon Tropika untuk kurangkan batuk dia. Bila dah sapu kat dada dan belakang badan dia barulah nampak dia lega skit. Nasib baik juga dah beli siap-siap.

Sian bila dah ada baby kendian2 ni..sebab kalau adik beradik lain demam mesti jangkit. Yang paling untung abang azri, 10 bulan baru kena demam yang pertama. Izzet dulu pun masa dalam hari dah kena selsema je. 

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea