Wednesday, February 11, 2015

Deko: Hiasan Tangga

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:43 PM
Ingat lagi tak entri pasal frame lukisan kaligrafi Asmaulhusna yang saya dah tempah dari tahun lepas lagi. Fuh berkurun betul dari tempoh nak mengangkutnya dari studio LK di Puchong hinggalah nak menggantungkannya. Masalah nak bawa lori kesana..berbulan juga nak arrange..kemudian dah bawa balik BP pun masih tersadai sebab nak tunggu orang pasangkannya semuanya sibuk dengan saya yang tengah menyarat lagi..kih kih


Akhirnya semalam baru gantung. Ukuran size frame dan style blok2 kecil untuk setiap nama tu memang saya custom khas untuk ruang ditangga ini. Ruang tangga memang masih kosong lagi tanpa sebarang hiasan lagi. In fact ni lah frame pertama yang digantung
diruang tangga ini.

Kadang2 rasa macam kosong pula. Terfikir juga nak letak meja console etc tapi bila fikir ada anak2 kecik ni macam leceh je. Jadi hiasan dibawahnya masih lagi dalam pencarian sehinggalah jumpa yang berkenan dan sesuai.

Saya dah terfikir nak letak sticker corak meja console begini dekat bawah frame tu. Sama stail macam deko jam dinding diruang tamu  saya dulu.  tapi macam susah je nak jumpa kat sini. Yang saya google ni pun jual kat overseas .. Rasa macam nak kena tempat custom kat kedai sticker kot.


Buat sementara saya cuma hiaskan carpet bulu tiruan ikea ni je. kih kih. Tengah terfikir untuk letak vase tapi berfikir dua kali bila kenangkan budak2 ni takut terlanggar tersepak..naya je.


Bila malam,memang buka lampu diframe ni sahaja. Nampak terang lagi kawasan tangga berbanding masa belum pasang frame. Reflectiom dari frame kot..hehe!



6 comments:

Azziah Nawawi said...

mcm sekarang pun ok. simple but nice. letak bnyk benda kat situ nnt sarat, tenggelam pulak frame yg cantik tu.

Ezy Loy said...

cantiknye kak!!
ni pon dh cukup cantik sgt..

Syed Muhammad Izzat Syed Yahya said...

Cantik..boleh tau kat mane tempah dan berapa harganya?

Hayatie Hashim said...

Saya tempah dengan "Lukisan Kaligrafi Murah" boleh search fb mereka

Ezatul Malek said...

salam kak yati.. lampu tu kena buat worong ke

Hayatie Hashim said...

Kat dinding tu mmg dah siap2 ada wiring utk lampu disitu

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea