Thursday, January 8, 2015

Pembuka 2015

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:06 PM
Dah 9 hari melangkah ke tahun 2015 saya baru nak merasai semangat tahun baru 2015..hihi. Baru lepas bersalin 27hb Dec lepas tu rasa macam 'jet lag' je walaupun dah masuk New Year tuhari.  Rasa macam di tahun sudah je.

Dah hari ke 14 hari ini genap 2 minggu tempoh berpantang baru rasa macam dah ' segar' sedikit. Segar dari segi pemikiran..baru leh fikir apa yang saya nak buat sepanjang 2015 nanti..eh cewahh!

Tiba2 buku resit. Nak habaq buku resit 2014 ngam2 habis hujung 2014 tu. Yang tebal tu hat untuk 2015 punya. Ala, habis buku resit bukan kata sales laju tapi menunjukkan peningkatan lah. Bukannya banyak mana pun..elaun duit encik boss bagi lagi banyak dari ni. Walaupun tak banyak mana tapi saya puas hati sebab hobi ni mendatangkan hasil. Baru le semangat dan bertambah minat. 

Insyallah lepas pantang ni dah bertambah dah kerja, dengan nak menyusukan anak kecik lagi. Dengan Azri dah masuk tahun 1. Hari2 tugas kena hantar dan amik dari Sekolah. Dengan hal ehwal rumah tangga, kemas, masak, beli barang dapur. Dah lepas setel semua baru lah boleh hadap jahitan. Itupun kalau tak keletihan lah..huhu.

Stok Cloth Pad pun banyak dah habis. Bila habis ramai plak tanya. Buat masa ni memang tutup mesin. Tunggu sampai 'hari Merdeka' 4 febuari nanti baru lah bermula rutin harian..

Kali ni berpantang pun nak berpantang betul2. Nak jaga badan betul2. Dulu2 macam tak ambil kisah je waktu berpantang. Kali ni nak ambil berat dan jaga kesihatan dalaman betul2. Tapi segala jamu dan ubat herba takleh ambil lagi sebab Azra kuning lagi walau dah masuk hari ke 14 ni..tunggu check darah yg seterusnya ahad ni. Harap2 dari 10.0mg/dl haritu nanti turun lah banyak kalau boleh bawah dari 5.0mg/dl. 


Hampir terlupa juga  setiap 1hb ditahun baru, blog ni pun menginjak ke satu angka lagi. Dari 2009 hingga 2014 genap 6 tahun menulis dan mencoretkan diari kehidupan untuk kenang-kenangan di masa hadapan..

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea