Tuesday, January 6, 2015

Meet The Princess

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:49 AM
Harini dah masuk hari ke11 berpantang..dan 11hari juga usia baby. Seperti biasa baby kali ni pun terkena Kuning juga macam abang-abang dia dulu.

Hari ke5, nurse datang melawat kat rumah suruh pergi check kuning kat klinik kesihatan. Kami pun pergilah kat KK Batu Pahat lepas maghrib sebab KK tu bukak sampai pukul 9 malam rupanya. Bacaan kuning pada hari ke5 agak tinggi juga 14.2mg/. tapi masih tak perlu admit lagi sebab tak lebih dari 15.0. Kira ok lah kalau compare dengan izzet dulu hari ke6 dah 16.0 tapi border line kat hospital Kajang untuk admit adalah 16.0 kira selamat juga masa tu.

Patutnya esok kena repeat tapi sebab encik boss bz dan kami pun saje malas nak pergi lagi..huhu Selang 2 hari lepas tu baru kami pergi lagi. Lepas 2 hari pun turun setakut je.. 13.2.. hmmm.. agaknya kalau pi berturut tuhari pun takda beza , sib baik..kesian kat baby kena cucuk2 ni..huhu. 

Lepaa tu patutnya kena repeat lagi selang sehari iaitu harini. tapi sekali lagi tak pergi sebab 
encik boss lak outstation.

Dah hari ke 11 baru nak share gambar baby. Alhamdulillah hari ke7 haritu dah selamat buatkan Aqiqah untuk baby dan beri nama.

Azra Arya Zahra nama yang dipilih. Lahir 3.88kg..lebih 100g dari Izzet.. berturut2 lak berat..Azri 3.6kg, Izzet 3.7kg, Azra 3.8kg.. hihi. Nama Azra ..Azri yang bagi idea dari sebelum bersalin lagi. Dia kata apakata letak Azra sebab nama dia Azri. Terus kami cam eh 
ok juga Azra. Bila cari makna Azra pun dalam Arab maknanya Dara, perawan. Okla tu. Yang Zahra memang nama yang saya nak letak sangat dari dulu lagi kalau dapat anak perempuan. Akhirnya, Allah makbulkan juga hajat saya..Tinggal nama tengah..fikir-cari-suai-padan akhirnya terkeluar nama Arya. Then google makna, maknya pun baik2 iaitu Mulia, Dihormati dalam bahasa Sanskrit. Encik boss pun approve pilihan nama kalini..sebab dulu ada kata kalau baby girl nama saya akan pilih..hihi

Ni pic masa fresh baru2 keluar dari 'oven' hihi. Suka time dapat pegang dan rasa badan dia masa sejurus keluar tu. Rasa hangat2, basah2 ..rasa lega kejap sakit meneran tu..huhu

9 comments:

Fizah said...

comeynyaaa baby...tahniah sis :)

Hayatie Hashim said...

Fizah: tq dear ;)

Ummu Iman Amsyar said...

Tahniah sis! 3.88kg! Mashallah!

Hayatie Hashim said...

Ummu iman: tq dear, alhamdulillah ;)

Juliana Md Khalid said...

Serius comel!!!!

ily♥ said...

YA Allah..Subhanallah..comelnye..Pipi tu..geram je tengok..

Hayatie Hashim said...

Juliana: tqvm dear ;)

Hayatie Hashim said...

tqvm ily ;)

Ema Minami said...

congrats akak! comeynya baby girl..hehe..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea