Tuesday, January 13, 2015

Garaj Kereta

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:57 PM
Nak share entri pasal pemasangan Garaj Kereta Polycarbonate (Skylight).  Masa renovasi fasa ke2 sebelum raya tahun lepas. Saya memang dah request nak tempat letak kereta kat laman tepi rumah belah depan sekali macam dalam pic bawah ni.

Jadi sebahagian kawasan berumput tu terpaksa dikorbankan. Simpan kawasan bertanah lebar2 pun bukan saya ni jenis rajin nak berlanskap pun..kawasan rumput yang tinggal tu pun masih kosong saya tak tanam apa2 pun lagi..huhu

Muat2 untuk 2 kereta sahaja sebab saya taknak kereta parking depan pintu pula. Jadi senang anak2 nak main lapang gini. Lantai pun takdalah kotor bertanah kalau kereta keluar masuk.

Besar juga garaj ni..ukuran dia 22'kaki panjang x 14.5'kaki lebar. Sebab saya nak frame dia fully stainless steel. Harga pun menangis lah macam dalam quotation tu..huhu!

Ni masa proses nak pasang frame dia. Lebar 14 .5 kaki ngam2 sampai tiang besar tu je takleh depan lagi. Nak pasang ni frame ni sahaja ambil masa 2 hari. Hari kedua lepas siap dia sambung, welding sana-sini baru boleh dia amik ukuran untuk atap polycarbonate plak. Jadi proses siap pasang ni makan 3 hari gak lah.

Pic setelah siap. Sebenarnya kalau kena hujan lebat berangin memang basah juga sebab bumbung rumah tinggi kan. Fungsinya lebih kepada teduhan dan kalau time hujan bukan pintu takdalah basah kan.






2 comments:

Irma Putri said...

wah hebat kak...cantik..berbaloi2 stainless steelkan... porch rumah dh macam futsal court..puashati gtew

Hayatie Hashim said...

Tq irma.. mak main badminton pun sonang, dlm rumah je..hihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea