Saturday, January 3, 2015

Cerita Kelahiran ketiga

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:39 AM
Alhamdulillah harini dah hari ke8 berpantang. Dari haritu lagi nak mengarang tapi apesal tah malas nau..huhu. Kali ni bersalin 39 minggu juga. Tak sampai due date lagi. Alkisahnya,     sehari sebelum bersalin tutup tu..saya dah rasa macam sengugut skit dari pagi sampai ke malamnya. Tapi belum keluar apa2 tanda lagi. Disebabkan cerlage pessary saya belum tanggal lagi tu yang saya anxious sangat. Doktor tak removed masa 36 weeks tu sebab anak2 baru baik dari chicken pox. Dia takut kalau removed dan bersalin cepat takut plak baby kena jangkit plak.

Selepas dah satu hari rasa macam sengugut, esok 27hb tu pagi2 masuk toilet, tengok discharge bercampur cokelat skit. (Saya memang banyak discharge sepanjang pakai cerclage pun). Sakit contraction pun tak rasa sangat kecuali rasa  macam sengugut tu sama rasa masa nak bersalin izzet.

Terus mandi, siap2 breakfast skit tapi saya masa tu dari semalaman tak selera makan. Cuma makan telur separuh masak je. Sebab rasa loya mual semua datang balik. Sampai hospital Pantai Batu Pahat pagi sabtu dalam kul 10am memang takda orang bersalin pun kat labor room haritu.

Ni waktu dalam labor room. Labor room dia tak macam HUKM ada bilik kecil,  mula2 saya ingatkan wad sebab ada tv..hoho. Tapi labor room dia tak banyak la ada lebih 2 ke 3 bilik tak silap.. kalau time ramai nak beranak ni mahu kena que..huhu

Dah masuk labor room doktor terus removed Arabin pessary untuk check bukaan. Lepas removed, bukaan dah 4-5cm, dah boleh bersalin kata doktor terus dia pecahkan ketuban. Dalam kul 11am lebih gitu la. Saya request epidural juga untuk kalini macam izzet dulu. Tak tahu lah anak keberapa nanti nak ada courage untuk 'drug free' delivery..huhu.

Lepas dah siap pasang epidural semua so tunggulah bukaan sampai 10cm nanti. Proses nak pasang epidural tu pun bukan simple kena doktor anaesthetic bersihkan kawasan bbelakang badan dulu..spray etc pastu baru cucuk kat spinal.


Lebih kurang macam dalam Google Pic ni.. lepas tu akan ada satu tiup halus sambung ke situ mcm IV drip untuk masukkan ubat epidural tu. Dan epidural tu akan on ikut dose yg dah disetkan sampai dekat2 nak bukaan 10cm nanti.


Dah pasang epidural tu tak bermaksud tak sakit langsung, bila tiba saat kepala baby dah turun tu memang rasa sakit nak meneran tu ada. Cuma kurang la skit rasa sakit dari mula proses kontraksi tu. By the time pukul 2pm gitu bukaan dah 9cm tapi kepala baby macam masih tinggi lagi. Tapi saya rasa macam nak meneran je bila tiba contraction tu.

Dalam kul 2 setengah gitu doktor pun sampai. Dah siap2 suh push bila datang contraction. Fuh kali ni memang mencabar gak meneran. Tak silap masa izzet dulu 3 kali lebih kurang teran dah keluar. Yang ni 2-3kali pun rasa macam jauh je. Memang kepala baby masih tinggi skit masa dah bukak 9cm tu.

Lepas beberapa kali cubaan meneran tu, doktor offer vakum sebab tengok buasir saya macam nak bengkak terkeluar. Baby belum nampak kepala sangat lagi kt muka tu..huhu. Bila saya fikir kang teran lagi buasir bengkak merana plak dalam pantang nanti nak buang air besar..huwaaa! Saya menyerah je ok lah guna vakum. Sempat juga tanya nanti kepala baby lonjong ke doc..doc cakap sekejap je nanti hilang.

Pertama kali guna kaedah ni saya ingat macam mesin ke apa. Rupanya dia macam pam juga. Ada satu alat panjang yg akan dimasukkan sampai kat kepala baby tu dan nurse akan tekan pump ala2 macam pam belon kat kaki.

Ingat vakum kita tak teran dah..rupanya kena teran juga huhu. Tapi mudah lah skit kot. Alhamdulillah kepala dia tak lonjong pun cuma ada skit je macam benjol atas kepala tapi by hari kedua hilang dah. Mungkin sebab saya dah teran banyak dan kepala baby dah skit je lagi nak kuar. 

Keluar2 dapat terus skin to skin kat dada. Rasa lega plak dapat pegiang baby yang rasa hangat2 tu baru keluar kat dada. Nurse tak menyabar nak ambil cepat, saya tahankan sampai uri keluar pastu baru nurse ambil.

Lain anak memang macam-macam  pengalaman baru. Alhamdulillah buasir tak tak bengkak sangat, saya pun tak sembelit. By hari kedua dah boleh buang air besar.

Sibuk betul abang-abang ni dengan adik baru. Yang si Azri sibuk nak pegang baby. Yang si Izzet kejap2 nak cium baby. Tapi masa mula2 dia nampak baby menyusu, dia terus menangis, nak dukung dengan nenek sambil tutup muka dia. Ye lah dia sedih sebab port menetek dia dah kena ambil alih dengan adik baru. Izzet pun sebenarnya masih lagi mengempeng walau dah 3 tahun ni. Baru2 ni terpaksa berhenti sebab dia kena chicken pox awal bulan tuhari sebab takut jangkit ke saya.

Apa2 pun dah selamat semuanya. Dah hari ke8 pun harini. Baby '01' lahir di Batu Pahat, Johor. Abang2 IC '14' lahir kat KL.. ;)

14 comments:

Ezy Loy said...

bestnye dpt babyyyyy!

Hayatie Hashim said...

tqvm ezy loy :)

rini.borhan said...

alahai bila dengar proses nak bersalin ni..ngilu je..cam ckp dlm hati cukup lah 2 oarang..tapi kalau tengok kengkawan preggy teringin lak..apepun setiap kelahiran tu pengalaman lain-lain kan..

rini.borhan

ily♥ said...

Alhamdulillah..bestnye dah tambah lagi...Baby girl pulak tu..Congrats kak..

Hayatie Hashim said...

rini: ..hihi tp bila tgok baby terus rasa nak baby lagi.. :)

Hayatie Hashim said...

ily: tqvm dear..alhamdulillah..puteri yg dinanti.. ;)

amirah said...

berdebarnyaaa bila bc pengalaman bersalin org lain...moga Allah permudahkan anak ketiga saya juga ni...tahniah untuk kelahiran puteri

Hayatie Hashim said...

Amirah: insyallah, semoga dipermudahkan.. ;)

Cassandra Yap said...

Hi Hayatie,

Congratulations on the arrival of your new baby! ;)

Duniaku Duniamu jua said...

Tahniah...! moga cepat sembuh n baby sihat waalfiat.

Juliana Md Khalid said...

Tahniah!!! Insya allah de kesempatan, kita dtg jengok baby syurga....

Hayatie Hashim said...

hi cassandra.. tq dear for the wish ;)

Hayatie Hashim said...

tqvm dear :)

Hayatie Hashim said...

terima kasih juliana..jemputlah ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea