Thursday, December 11, 2014

Persiapan Baju Sekolah Rendah Azri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:48 AM
Harini beli baju-baju sekolah rendah nak masuk darjah 1  untuk Azri. Saya kena siapkan sebelum hujung bulan ini juga sebab takut dah bersalin awal ke sebelum EDD 31 Dec ni. Nanti takdalah encik suami terhuru-hara nak kesana kumari.  Dah tentu-tentu masa naik sekolah hari pertama nanti saya dah tak boleh hantar Azri...huhu! 


Dah lah kat kedai tu jenuh fitting, balik rumah pun nak fitting lagi pasal nak tunjuk ke nenek dan hantar gambar kat abah plak...hihi. Baju sekolah biasa untuk hari Isnin sampai Rabu dan baju melayu Johor berserta samping hitam untuk hari khamis. Kasut dan stokin pun kena berwarna hitam. Dan hari2 kena pakai songkok ok..hihi

Sesi persekolahan di SRAB Batu Pahat kalini adalah cabaran untuk Azri sebab Azri akan bersekolah dari Pukul 8pagi sampai pukul 4.30pm kecuali hari khamis sahaja sampai pukul 1.30pm. Sebab SRAB Bp ni menggabungkan pembelajara sekolah rendah biasa dan juga sekolah agama..


Punya la blurkan sebab kali pertama anak nak masuk sekolah rendah, hua hua! So saya decide nak beli kat Kedai Uniform yang ada kat Aeon Big tu sebab saya takut tersalah beli lagi2 baju set baju melayu johor dengan samping hitam tu. Diorang mesti dah biasakan. Tak kisah la kalau mahal skit ke. Next time dah terel baru cari yang bajet2 skit hahaha!..
Lagipun senang, kedai tu boleh alter sekali lengan baju melayu dan kaki seluar. Malas mak buyong nak alter sendiri. Amboi jahit CP rajin plak..hahaha! *dushhh!*

Total untuk 3 Pasang baju sekolah biasa (baju+seluar) dan 2 pasang baju melayu johor dan (baju+seluar+sampin)..jumlah untuk 5 pasang RM320. Oklah kot, jenis fabrik pun selesa dan sedap. 

Tinggal buku2 je belum sebab kena tunggu hari taklimat, pendaftaran dan pembayaran 29 hb nanti. Mungkin akan diberi ketika itu sekali dengan pembayaran kot. Waduh, silap2 encik suami yang pergi sendiri..huhu!

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea