Tuesday, December 23, 2014

Katil baby: Graco Pack N Play

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:16 PM
Haritu kan saya ada mentioned yang saya memang nak beli baby cot. Konon nak beli katil baby IKEA tapi dah pergi bila pegang2 tak tahu lah apesal rasa macam tak berkenan. Rasa berat, rasa bulky dan rasa macam makan space kalau nak simpan kelak dan macam2 lagi.

Last2 saya beli jenis begini je. Dah survey macam2 rasa macam Graco ni lebih praktikal dan worth it kot. Kebetulan ada sales dekat Littlewhiz dari RM800++ jadi RM499 je which lagi murah skit compare kat kedai2 baby. Tapi corak dia je lah terhad yang ada corak ni je. Saya lebih prefer plain dan yang gelap2 skit.

Littlewhiz ni memang selalu gak buat sales murah2 dari online store yang lain. Kat mana tu? leh klik kat belah kiri blog akak ni 'Jom Shopping' ada link dia ;)

Sabtu kot saya order, selasa dah sampai depa guna Airpak. Sekali dengan item yang lain. Shipping cost utk playpen ni RM20 sebab item oversized dan berat juga lebih kurang 13kg



Jam2 tu gak akak nak assemble tak sabau..hehe! Senak perut jap ..kejap bangun kejap duduk..hihi! Dengan budak2 ni lagi yang asyik2 pegang tu..pegang ni..

Selain jadi playpen bila baby dah besar skit, ada juga infant bassinet (yg biru tu) yang tu kita  boleh jadikan tempat tidur baby dari Newborn dan boleh menampung baby sehingga 7.0kg. Cuma alas dengan mattress yg nipis atau buat tilam kekabu custom made ikut size frame Graco ni.

Graco Pack n Play ni ada sekali Reversible Napper & Changer. Yang putih tu. Tak pasti la fungsi Napper tu tapi lebih untuk letak bayi atau kalau nak main2 dengan baby kejap ke.


Lepas tu kita boleh terbalikkan benda ni dah jadi diaper changer plak. Ada button push kat tepi tu.


So jadi lah gini plak bakul tu. Material untuk mode diaper changer ni jenis yang boleh di lap lah bukan dari jenis kain.

Cuma kalau beli yang ni takleh la nak buat stail bukak tepi dan rapat ke sisi katil time waktu malam. Atau siang pun..bila nak menyusu kena angkat dan letak semula bila tidur.

Bila baby dah lebih 7.0kg..infant basinet yang tengah tu semua kena bukak dan gunakan bahagian bawah je sebagai playpen. Dan boleh guna sampai baby tu dah 15.0kg lebih kurang 3 tahun la..3 tahun tu dah takda makna dia nak main dalam tu de..hahaha! Silap2 dia dah pandai jalan benda ni pun dah simpan terus kot.

Ohh, dia ada bagi beg untuk simpan playpen ni bila tak digunakan lagi kelak. Bila dah lipat2 tu takda lah besar sangat! 






1 comments:

cik hani said...

nice..
banyak fungsi.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea