Thursday, December 4, 2014

Giliran Izzet & IgG Test

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:01 PM
Whoaaa..2 minggu lepas Azri kena chicken pox walau dah kena asing kat rumah nenek di Kajang. Tiga hari lepas izzet pulak dah kena chicken pox. Selasa tuhari dah keluar blister sebiji dua kat celah jari dan leher. 

Ingat dah asing Azri kat rumah nenek, mudah2han izzet tak jangkit tapi akhirnya kena juga. Mungkin dia dah jangkit dari hari sebelum Azri balik ke rumah nenek lagi. Masa tu Azri dah tumbuh juga blister 2-3 biji.

Selepas 2 hari dah banyak gini. By hari jumaat ni dah penuh satu badan dan muka..sampai ke kulit2 kepala pun ada. Izzet kena chicken pox ni lagi banyak dan teruk skit dari Azri. Mungkin sebab dia kecil lagi kot.

Aduh sekarang ni tinggal saya je yang masih lagi nampaknya tak tunjukkan tanda2 chicken pox lagi. Sebab saya memang belum pernah kena lagi plak tu dah minggu-minggu akhir nak bersalin. Risau sangat.


Kebetulan saya balik kajang harini sebab nak ambik azri yang dah baik dari Chicken pox. Lagipun saya kena nak prepare barang2 sekolah untuk darjah 1 dia...

Sebab saya masih uncertain sama ada saya dah ada antibodi dengan virus chicken pox. Saya decide last skali buat juga la. Just taknak asyik fikir dah kena ke belum ke. Result paling cepat jumaat depan. Sebab lab diorang hanya buat test untuk Varicella Zoster tu seminggu sekali je iaitu pada setiap khamis. So sample darah saya ni akan diproses pada khamis hadapan sebab minggu ni dah terlepas.

2 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea