Thursday, December 11, 2014

Beli Stroller: Aprica Karoon

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:40 PM
Dah lama juga saya berangan berkehendakan satu stroller yang memenuhi kriteria utama saya iaitu mestilah paling ringan dan senang dibuka/ditutup. Dulu2 masa anak satu dua saya masih selesa dengan cara babywearing sahaja. Takyah susah2 nak usung stroller. Tapi bila nak masuk nombor 3 ni saya macam rasa perlu juga nak sebiji stroller sebab takut tak terhandle tangan dengan baby, 2 anak, dan beg2 jika nak berjalan-jalan keluar nanti.

Tapi SSC tetap akan diusung juga bersama2 stroller in case kalau baby merengek nak didukung. Stroller ni lebih jadi port tempat letak beg, barang2 atau nak buat letak baby time nak makan atau nak tukar diaper (in case kalau baby room penuh).

Saya ada stroller lama (nak letgo pun) brand Sweet Cherry tapi bapaklah berat. Masa beli dulu tak berapa kisah sangat keberatannya. Last2 jarang guna sebab berat dan masa tu keadaan terkawal lagi kot nak outing dengan anak2 tanpa stroller.




Setelah pilih punya pilih, Yoyo lah, Combi Well Comfort, Combi pun 4.6kg. Last2 saya dan encik boss setuju nak beli Aprica Karoon sahaja sebab ringan betul 3.6kg. Ada lagi ringan tapi kebanyakan takleh pakai dari Newborn. Yang Aprica Karoon ni  boleh dari Newborn hingga 18kg dan handle pun reversible (forward & front facing)

In terms of maneuvering kira ok lah acceptable. Sebab dia ringan so taklah se-sturdy brand2 yang lain macam Yoyo ke etc. Yoyo pun berat skit tak silap 6-7kg dan kena beli dua seat kalau nak pakai dari NB. Seat untuk NB dan lepas 4+m.o baru switch seat duduk.

Tapi sebab kriteria saya yang paling utama mestilah ringan! so tak kisah la stylo ke tak sebab yang nak menguruskan stroller (buka & tutup) nanti pun encik boss. Dia memang tak suka kalau susah2 dan berat untuk unfold dan fold nanti..huhu

Masa saya test Aprica Karoon ni kat IOI City Mall minggu lepas pun memang ringan. Hubby pun dah bagi green light. Tapi stok plak habis tinggal display. Harga masa tu RM899, after less dari RM1,099.

(Google Pic)

Sebab ada pilihan hitam dan Aqua je so saya pilih je lah Aqua ni. Tapi saya beli kat Mudah. Kat seller online ni, COD saya dapat harga RM850. Okla kan walaupun tak sestylo Stokke, Quinny ke Recaro, Mclaren etc tapi janji ringan. Kalau beli hat roda macam beskal tu saya selalu wonder, gigih betul diorang bawak keluar masuk kereta ek..huhu! Saya guna SCR dulu berat skit dah maleh nak bawa..

Setel part stroller..action review kena tunggu baby keluar dulu..hahah!



0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea