Wednesday, November 5, 2014

Playroom yang sepi..

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:15 PM
Lama dah budak2 ni tak naik atas dah bermain sepah2 kat dalam ni. Kalau tak dulu hari2 bilik ni penuh mainan atas lantai. Sejak encik boss operate kaki awal tahun lepas tu sambung plak dengan preggy saya beberapa bulan lepas tu memang kami semua berkampung kat bilik serbaguna dibawah saje. 

Haritu Azri ajak saya lepak atas. Dia cakap dia nak main2 Lego kat bilik dia. Ibu baring la kat katil atas. Bila saya suruh dia naik sendiri dengan adik dia kata dia takut sebab sunyi. Saya kata bukak la tv..pun dia taknak. Dah ada adik teman pun takut lagi nak main2 sendiri kat atas..huhu

Saya memang cukup malas nak turun naik tangga sebab taknak melasak sangat time tengah cerclage ni. Last2 saya naik juga lah temankan kejap2 sambil jenguk2 skit tingkat atas ni. Nasib minggu lepas dah panggil cleaner datang kemas atas, kurang skit habuk dan taik cicak. Dah 2x juga dia datang kemas rumah saya..kata maid tu, kakak ni bilik besar2 gak ditidurinya..kikiki. Bukan takmau tidur tapi keadaan tak mengizinkan lagi..

Tunggu ibu lepas habis pantang lah nanti baru kita semua mula tidur balik kat tingkat atas ni. Saya dah cakap kat azri bila ada baby nanti, azri dengan izzet kena tidur bilik ni. Lepas tu muka masing2 dah boring..hahah. Takpalah nanti abah tidur sekali sini, kata saya. Tapi dia tak tahu yang abah cuma tidurkan dia je...heheh!

Bilik dia pun tak berapa ceria plak dekonya. Mungkin saya patut banyakkan sesi Art n Craft kat sini. Jadi bolehlah display buat hiasan. Baru nampak ceria kot. Ok itu azam saya lepas berpantang nanti nak banyakkan aktiviti dengan budak2 ni. Ye ye je azam ..dah ada baby nanti tah2 kelaut lagi..hehe! 

Pastu cadangnya nak tambah lagi meja putih tu sebiji lagi sebab macam kecik sangat je tempat tu. Almari baju pun nak kena ada juga ni. Tapi saya plan nak jenis yang open je. Macam open wardrobe/ststorage system. Stail gantung2 je, letak2 kat box je yang boleh nampak takyah pintu. Tapi kelemahannya kalau time berserabut, sakit le mata nengoknya. Amik ko kemain berangan lagi...hihi

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea