Thursday, November 27, 2014

Pasang Railing di Tangga Dapur

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:16 AM
Akhirnya dah ada pemegang juga tangga dapur ni. Ngeri skit nak turun naik kat tangga bila takda tempat pegang sebab tangga ni agak curam sedikit. Terpaksa dibuat begini kerana tempat yang agak terhad. Kalau nak selesa2 macam tangga standard mau gak sampai ketengah dapur huhu.

Pada yang tak tahu tangga mini ke mana, tangga ni adalah laluan ketingkat atas dapur yang memuatkan sebuah bilik kecil dan balkoni belakang. Ada saya share pic ruang atas dapur di entri ini. 

Memang sengaja diasingkan tangganya didapur untuk kegunaan bilik maid dimasa2 akan datang (kalau ada..hehe). Bilik bawah merangkap bilik serbaguna tu memang taknak buat bilik maid sebab senang nak buat tempat tumpang solat, istirehat jika ada tetamu menyinggah (dan juga tempat menjahit saya )


Ini sebelum pasang betul2 lagi. Baru letak framenya sahaja. Saya tak snap gambar semasa proses pemasangan tu. Segan lah plok nak jadi 'paparazzi' masa orang tu tengah buat keje..kih kih!..

Ini rupanya bila dah siap. Memang saya pilih design simple je. Malas nak pilih takut lama2 nanti boring. Design ni sama dengan railing kat balkoni depan rumah saya. Jenis kaca tempered ni tebal untuk mengelakkan dari senang pecah. Biasanya kat pintu2 dan railing yang guna kaca memang dari jenis 'tempered glass'. Ketebalan sekeping kaca tu adalah lebih kurang 1cm. 

Yang besi kat kawasan 3 segi tu patut ada cermin sekeping disitu tapi tukang cermin kata cermin takleh potong serong takut nanti yang hujungnya senang pecah. So just letak besi2 menegak begitu lah. Bahagian kosong tu tunggu nak letak divider kayu pula. Sekali balut dengan tiang nan satu tu. Tiang nan satu itu tiang asal, masa pecah dinding dapur tu ada tiang beam disitu so takleh pecah habis. Takut plak efek struktur rumah..


Single Hand rail sahaja letak kat sebelah besi tu.






Permandangan masa nak turun. Tak besar pun 'slab' tangga ni. Kalau 2 orang slim nak berselisih kira boleh lepas lagi la..hahaha!

Yang bahagian tangga ni tak buat railing sebab tak berapa tinggi pun. Senang nak buat duduk kalau ramai-ramai kat dapur..hehe! Abaikan lah permandangan tong gas dan barang2 ditepi itu..haha! Itulah permandangan bila kabinet belum siap lagi..huhu! Asal boleh je la letak. Encik boss kata KC tahun depan la baru buat. 


Dah ada railing ni senang skit turun naik. Tapi memang tak naik pun takda apa lagi kat atastu. Kalau ada maid, maid la kot turun naik dari bilik dia. Cuma kalau rajin kot nak sidai baju kat atas ke..huh maleh nak turun naik bawak bakul silap2 terpelecok plak..






8 comments:

Juls Julie80 said...

assalam..

tak tau nak cakap..rumah sis cantik sangat... :)

Hayatie Hashim said...

juls julie: tq dear alhamdulillah....design pun simple2 je ni janji selamat huhu

ieza ashaari said...

Mesti umh cantik ni. Tgk tgga pun dh tahu. Hoho. Blh gitu. Lol.

Hayatie Hashim said...

ieza: hihihi.. :D

norlina jusoh said...

cantiknya umah awak.. kite berkenam lah

Emmy said...

Puas emmy cari bahagian besi 3 segi....yang atas railing tangga belah atas tu ke?

Hayatie Hashim said...

Aha. Yg ada besi tegak2 dalam nya ;)

Hayatie Hashim said...

Tq norlina

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea