Sunday, November 9, 2014

Majlis Konvo Tadika Azri 2014

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:00 AM
Sabtu kelmarin berlangsung Majlis Graduasi tadika Azri, Grand Ihtifal Little Caliphs Batu Pahat 2014 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Parit Raja. Ingatkan dah lambat sebab kena ada 7.30am tapi sampai dekat nak 8.15am huhu. Nasib baik tak start lagi.

Rasa majlis kali ni macam sedih plak sebab dah makin besar dah Azri. Tahun hadapan dah mula tahun satu pulak. Rindu plak zaman dia kecik2 dulu, comel2 dengan keletah dia..*sobs!..


Ini persembahan Azri mewakili 6 years dari Tadika Khalifah Gemilang, bukit Pasir. Little Caliphs Batu Pahat ni ada dua Tadika, satu di Bukit Pasir dan satu lagi Tadika Khalifah Bitara di Parit Raja.

Azri menunggu giliran naik ke pentas.


Seronok tengok kecil2 dah merasa pakai jubah ala2 graduasi. Dulu masa saya tadika kemas takda pun majlis2 gini..hihi. 

Dapat sijil tamat program Little Caliphs Pre School program. Siap dengan hardcover folder  lagi tu. Gambar-gambar masa sesi photoshoot dekat tadika tempohari. Dan juga beg sekolah Cars. Kemain suka dia dapat beg. Balik tu siap video call dengan nenek sebab nak tunjuk gambar2 dia kat nenek..

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea