Friday, November 7, 2014

Koleksi Cloth Pad Baru sendiri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:03 AM
Tadaa..ni semua stok pad kain yang saya baru jahit untuk diri sendiri. Sebenarnya yang baru jahit yang versi heavy flow corduroy tu je. Yang lain tu versi trial mock up yang saya buat masa ubah pattern CP dulu tapi belum pakai. Tu yang nampak banyak. Koleksi cloth pad saya yang lama2 banyak dah lusuh, dah reput, dah koyak2 pun ada. Sadis bila tengok tiap kali sidai dah macam keluarga Flinstone plak, kikiki!

Yang Pantyliner versi Denim ni pun saya tak jadi nak jual sebab nak pakai sendiri je dulu. Mula ingat nak jual tapi saya ingat nak buat yang baru sebab saya dah ubah sedikit stail stitching saya. Sebab nak bagi seragam skit. 


Ini CP heavy flow versi corduroy yg baru saya jahit. CP yang untuk period memang saya ada lapiskan dengan satu lapisan waterproof layer yang diperbuat daripada kain PUL. Iaitu
Polyurethane Laminated. Ape tu? Sila lah check kat Wikipedia maksudnya ek.. ;)


So kali ni lepas bersalin nanti saya nak gunakan CP yang baru sahaja. Yang sizen2 tu boleh buang je lah! Oklah nak sambung cari barang2 untuk Newborn Checklist lak..

#Makyong32weeks ;)
  




1 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea