Sunday, November 2, 2014

Jahitan: Pad Kain Untuk Berpantang

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:50 PM
Lama tau saya tak pegang mesin dari awal april juga la. Setelah berbulan-bulan, semalam paksa juga diri untuk buat cp. Last2 amik ko 3 keping..haha! 3 keping tu kira hebat la untuk saya sebab cuti masak dan kerja rumah skit..kikiki!


Kali ini saya buat versi corduroy. Kebetulan ada lebihan kain corduroy yang saya buat DiY Mei Tai (Entri) 3 tahun lepas. Giler lama perap kain..huhu



Bahagian dalam saya gunakan printed flannel pula.. wahh nampak gebus je sebelum pakai.



Untuk makluman, kain2 flannel dan designer memang saya akan basuh sekali terlebih dahulu untuk kurangkan pengecutan, pelunturan warna. So untuk penggunaan kali pertama boleh terus rendam2 dalam air perah tangan (tanpa sabun atau sedikit sabun) dan sidai. Penggunaan mesin akan mempercepatkan kelusuhan cloth pad tu.



Bahagian wing pad ini. Sebenarnya kain corduroy ni lagi lembut dari jenis fabrik denim. Tu yang saya nak cuba buat dan test pakai sendiri. Pun begitu takleh letak banyak sangat lapisan flannel penyerap kat bahagian dalam  nanti jadi terlampau tebal lah plak. Tunggulah saya 'test drive' dulu masa dalam pantang nanti... :)

Buat masa ni saya tak ambil sebarang tempahan untuk cloth pad lagi. Tunggu lepas berpantang nanti kot. Kalau ada pun  menghabiskan stok2 lama je. 

Ok nak sambung jahit..siap nanti spam pic lagi..hehe!



3 comments:

Juls Julie80 said...

Assalam sis..saya berminat nak guna cp tu...tp jenis heavy period sesuai tak..? Org jenis hormon x betul cam saya nih mmg kene guna jenis yg tebal2 tu..& overnight sbb panjang serta lebar.. nama jer overnight tp siang mlm mmg guna jns tu..huhu

cik hani said...

Sis.

Kalau kena darah, senang cuci tak?
Dari dulu terpikir isu ni..huhuhu

Hayatie Hashim said...

juls julie: sesuai je..cuma kena kerap tukar la..pad kain tak mcm pad dispo yg ada gel penyerap tu..sebenarnya gel tu tak bagus sgt utk hormon dlm jangka masa pjg... cuba lah..

cik hani: senang je takda masalah... cuci darah bersih pastu rendam skit kalau ada stain lagi..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea