Wednesday, November 19, 2014

Azri, Chicken Pox & Kehamilan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:01 AM
Dugaan, azri pula diserang chicken pox. Sejak dari hari sabtu yang lalu dah keluar 1-2 bintik kat muka. Hari ahad makin bertambah dan sah memang chicken pox. Yang paling merisaukan, adalah sebab takut saya dijangkiti ketika preggy ni dan saya pula memang  belum pernah kena lagi chicken pox.

Saya pula dah 34 minggu pula. Kalau mengikut artikel pasal chicken pox memang bahaya skit lah kalau ibu mengandung yg terkena chicken pox. Tapi dia ada jangkamasa2 trimester yang mana paling bahaya.

Kalau ikut artikel dalam Utusan ni, trimester pertama agak bahaya sebab boleh effect janin. Lega skit dengar sebab saya dah 34minggu,..dan seterusnya peringkat yang agak bahaya juga 7 hari sebelum bersalin atau selepas bersalin. Sebab risiko untuk bayi yang baru lahir turut dijangkiti adalah sangat tinggi.  

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130728/kn_01/Risiko-cacar-air-ketika-hamil


Dengan harapan agar saya tak dijangkiti nanti bila dah dekat EDD..Azri terpaksa diasingkan terus. Encik boss hantar dia balik ke Kajang tinggal dengan nenek sehingga chicken pox dia benar2 habis nanti. Sedihnya toksah kata la..ni kali pertama berjauhan dengan azri. Baru satu hari ni kadang2 nak meleleh air mata teringat kat dia. 

Saya pun tawakal juga sebab walaupun azri dah duduk dengan nenek sementara di Kajang, tapi 2-3hari juga saya dah exposed dengan chicken pox dia. Harap2 virus tak masuk lagi ke saya atau izzet. Izzet ni pun kalau kena juga memang kena hantar balik Kajang juga kot. 

ni masa hari kedua selepas dah keluar bintik2. By the time dia nak balik Kajang semalam memang dah lagi banyak dan ada yang dah pecah sebab digaru azri. Bila baca artikel saya jadi risau pula, sebab saya baru 34minggu sekarang ni takut plak disaat2 nak bersalin pula terkena, mudah2han takda lah kena.

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea