Monday, November 24, 2014

3D2N Family Day Bukit Gambang Resort City

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:46 PM
Khamis lepas kami semua ke Bukit Gambang Resort City untuk Family Day ofis encik boss selama 3 hari 2 malam. Plan, booking semua dah lama sebelum start cuti sekolah lagi. Tapi yang tak bestnya Azri pula kena chicken pox disaat nak pergi bercuti ni. Habis nak buat macam mana, pergi lah juga bawa izzet je sorang. 

Kami bertolak tengahari khamis, berhenti makan pastu singgah pasar malam gambang lagi  check in pun dah pukul 5pm lebih.


Malam tu kami dian Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Pertama kali makan di sini walaupun ada yang dekat kat Bangi tu pun saya tak pernah pergi.

So far ok je lah rasanya. Antara menu yang Kami order; Bawal Bakar Petai, Siakan Stim limau, Kerapu Tiga Rasa, Udang Pedas Petai, Sotong Goreng Tepung, Lala masak masam manis, Tomyam campur, kailan (standard la menu yg selalu order kat seafood kelantan kan..hehe)

Aktiviti hari kedua baru ler kami semua ke taman tema air pula. Sebab kami datang masa orang lain belum start cuti lagi kan, memang tak sesak pun dengan orang selesa je. Booking cabana pukul 11am pun banyak kosong lagi..


Naik shuttle ke theme park pun takyah tunggu lama. Kalau sebelum yang saya pernah datang dulu time cuti sekolah memang bawa kereta terus je parking kat sana.




Bergambar dulu sebelum mandi...


Amboi izzet kemain posing. 



Pic cilok kat album staff je. Pasal saya tak turun berendam. Selalu kebetulan asal saya ke Gambang ni mesti tengah preggy so tak pernah yang dapat mandi. Tiga kali sudah termasuk yang ini semuanya tak dapat merasa mandi..huk huk!. Pertama kali sampai dulu preggy izzet, kali kedua cuti sekolah awal tahun ni..tengah mabuk preggy juga..

So selfie je la sorang-sorang kat Cabana tu..hehe!


Lepas mandi-mandi, petang tu juga ke Safari dia plak. Yang ni pertama kali saya masuk walaupun dah 2 kali ke sini.

Bersebelahan dengan dengan Taman tema air tu rupanya. Memang kena menapak skit untuk naik tram safari tu. Oops bukan skit..agak jauh gak lah kena jalan melalui lereng bukit sebelum sampai ke satu lagi pit stop untuk naik tram dan terus melihat2 binatang kat situ..





Satu tram ni semuanya staf n keluarga kami sahaja. Senak weh perut duduk dalam tram ni masa meronda tengok binatang. Sebab jalannya ala2 4X4 Off Road juga la. Terpaksa saya menahan dengan tangan dan kaki bila rasa nak terhentak2 tuh.

Dalam tram ni berhawa dingin sebab tingkapnya berkunci tak boleh dibuka sepanjang memasuki tempat2 binatang tu. Safari ni bukan macam stail zoo yang kita boleh jalan kaki tengok binatang tu dalam sangkar.

Tram ni masuk terus dalam kawasan binatang tu dan kita boleh tengok lebih dekat. Tapi setiap kawasan tu dipisahkan dengan double autogate mengikut jenis binatang. Contoh bila kita nak masuk kawasan harimau tu..kena lalu autogate 2 lapis dia, tram masuk auto gate belakang tutup dulu pastu baru auto gate yang depan pula buka. Untuk.
 mengelakkan haiwan2 tu terlepas keluar kot sepanjang tram keluar masuk nanti.



Antara haiwan yang sempat saya snap. Tak semua jenis haiwan saya snap, maleh huhu! Dalam tram tu ada tukang cerita pasal haiwan2 kat situ. Sesi meronda dalam tram tu mengambil masa 30 minit. Ada lagi kawasan yang masih lagi dalam pembinaan untuk menempatkan haiwan2 baru. Katanya jika siap nanti sesi ni akan jadi lebih kurang satu jam juga lah...

Malam tu pun kami datang lagi untuk tengok show dan aktiviti Night Jungle pula. Yang sesi 
malam ni takda lagi naik tram tu sebab tram tu sampai pukul 5.30 sahaja.


Tarzan & Jane Show. Adalah 2-3ekor binatang yg berlakon huhu


Lepas tu ada Fire Show pulak..


Ini pula sesi bagi makan gajah. Namanya Jeli dan Jemah. Umur baru 5 tahun. Masa snap ni takleh flash so gelap la skit. Makanan dia kena beli kat situ gak. Sesisir pisang kecik tu RM5 dan juga ada tebu. Izzet bagi makan pisang kat gajah tu..

Ada lagi persembahan bintang lain tapi sesi belah siang..ada 2-3 show juga dalam kul 2 pm , 3 lebih dan 4pm tapi kami tak sempat nak catch up show tu semua sebab masih lagi mandi manda kat theme park..huhu!

Seronok gak kali ni dapat pergi yang Safari tu tapi  asyik teringat je kat Azri. Kalau dia ada mesti dia seronok..huhu! 







0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea