Thursday, October 30, 2014

Ubah kedudukan outdoor unit Aircond & Idea Awning tingkap

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:43 AM
Masa panggil orang servis aircond bilik bawah, terpaksa ubah sekali kedudukan outdoor unit aircond ni. Itulah masa kerja-kerja conceal pipe aircond dulu tak terfikir pasal nak bubuh awning kat tingkap..huhu. Ada saya cerita pasal kerja2 conceal pipe aircond di entri ini. Tujuan conceal supaya tak nampak lah laluan segala bagai kabel & paip tu nanti baik didalam mahupun diluar.


Mujur yang dialih tu cuma keatas sedikit je dari tempat asal supaya bawah tu dapat diletakkan awning untuk tingkap bagi mengelak tempias hujan. Kalau kena alih jauh lagi rabak lah dinding kot..huhu. Proses nak alihkan yang unit kecil tu takda masalah sangat. Cuma unit yang besar tu je yang agak susah sebab besar dan berat. Yang tu 2.5hp untuk aircond di ruang tamu.

So kabel hitam tu pun terpaksa ditambah dan dipanjang lagi. Sebab yang dah conceal tu memang ngam2 je keluar ke unit. so nampak la skit kabel tu 'menjalar'. Takpalah nanti dah letak awning dan cat skit ikut warna dinding tak nampak sangat la kot huhu!

Kos untuk alihkan kedua-dua unit ni lebih kurang RM350 juga lah. So pada yang plan nak pindah masuk rumah baru tu kalau ada bajet untuk conceal pipe untuk aircond lebih baik kalian plan dan susun betul2 kat mana outdoor unit tu nak diletakkan. Sebabnya kalau aircond jenis tak conceal piping takda masalah untuk dialihkan walau jauh mana pun sebab semua pipenya kat luar je. Tapi once dah conceal agak sukar nak ubah lagi sebab semuanya dah ditanam dalam dinding. kalau nak alih pun setakat jarak sekaki dua macam ni ok lagi..

Saya plan untuk letak awning disepanjang tingkap bilik bawah ni bersambung ke pintu dapur dan tingkap dapur tepi tu. Sebab sekarang ni kalau hujan memang confirm lah tempias kan gini.


Hahhhh lebih kurang gini lah lakaran kasar saya, hahah! 


 
Saya lebih berkenan stail awning tingkap begini dari yang jenis polycarbonate (skylight) tu. Sebab nak nampak sedondon dengan bumbung rumah. Dan saya rasa lebih 'comel' skit hehe!. Tapi yanh dalam google pic ni macam tak berapa lebar. Saya ada nampak yanh lagi lebar skit kat area perumahan kat sini. Kayu topang tu kena panjang lagi skit kot..


Lebih kurang gini lah ciri2 awning tingkap & pintu yang saya nak. Struktur dia gunakan kayu sahaja yang di cat gelap. Kalau boleh nak kayu yang siap berukir cam pic atas tu..amboi kemainn heheh!


3 comments:

Irma Putri said...

wahhhhh ..ada jer idea akak nih ye.. kenapa tak buat pergola menganjur..nanti redup sikit ..tapi keca cover skylight poly jugak la

Rizziela said...

bestnya...cantik

Hayatie Hashim said...

irma: tula klu buat stail pergola kena guna skylight..akak nak guna atap genting yg sama supaya sama dgn bumbung atas..hehe!

Rizziela: tqvm ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea