Saturday, October 25, 2014

Persiapan akhir Birthday Azri di Tadika

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:23 AM
Lebih kurang 3 hari juga ulang alik ofis encik boss sebab nak siapkan packing goodie bag untuk dibawa ke tadika azri pada 26hb Ahad ni. Barang2 macam stationary Mickey tu saya dah beli kat Mydin Kajang je. 

Semua barang saya packing di ofis je sambil dibantu oleh staf2 encik boss (tq so much pada staf ema dan leen kerana membantu). Yang amik masa tu sebab buat bookmark dan label kepala Mickey untuk dilekatkan dekat goodie bag. Satu2 kena gunting dan tampal. Goodie bag plak ada 80 bag semuanya. 68 bag untuk tadika azri sahaja sebab ada 68 orang murid kat situ


Saya cuma beli pen, pensil dan pemadam Mickey je. Konon nak beli satu set lengkap terus tapi adeh tu pun dah RM5+ ...huhu. Buat gini je dengan bookmark Azri sebagai kenang-kenangan kan..


Dah siap2 tampal label bentuk kepala Mickey ni kat Goodie bag, siap letak tali senang nak pegang. Brown paper ni murah je, RM3.50 untuk 100pcs..tp sy dapat size kecik je 5x9..boleh la muat air kotak, appolo kek, waffer choc, gula2 dgn stationary tadi. Tapi agak terhad la skit kena susun2 betul2, kes malas nak carik lain punya pasal..hehe!




Tadaaa..comelkan, seronok plak tengok. Staf yang tolong designkan nih..mekasih banyak2 yer cik ema ;)


Untuk teacher pun ada. Tak tau nak bagi apa, kasik.shawl je la. Beli shawl siap dapat packaging box yang comel ni. Sesuai nak buat gift terus. Pun beli kat staff cik ema ni.  Baru buat online biz Shawl ni. Sapa yang cari shawl labuh boleh la terjah ke Page dan Instagram Idaman Hazimah tu yer ;)

Akhirnya semua goodie bag dah siap2, kek tema Mickey pula tinggal nak ambil esok terus. Tak tahu lah macam mana rupanya lagi. 


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea