Friday, October 10, 2014

Macam-macam cara nak kurangkan lalat

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:19 AM
Saya memang suka sangat dengan ketenangan di kawasan rumah saya ini. Terpencil, sunyi..jauh dari bunyi kenderaan, berangin, dengan bunyi-bunyi unggas dan haiwan2 kat sini. Tapi satu je yang memang saya tak tahan iaitu banyak LALATTTT!grrrrr...

Saya tak pasti kenapa menggerutu sangat le lalat kat sini, tapi masa duduk dekat area bandar dulu memang kurang la lalatnya. Jadi andaian kami adalah disebabkan kawasan rumah kami yang berhampiran dengan kebun kelapa sawit, kebun sayur orang kat belakang2 hutan ni la ..mungkin la dari baja2 kebun tu kan..


Dulu saya ada up entri pasal pelekat lalat SELL ni. Memang kami beli ni berkotak2 untuk kegunaan harian tterutamanya bila  time ada makanan..

Jadi setiap kali nak makan memang dah siap2 bukakkan pelekat lalat ni. sekurang2nya banyak lah lalat yang terperangkap kat sini berbanding yang nak hinggap dimakanan. Bukan takda tapi boleh la distract lalat2 tu..hehe! Ini kira sedikit juga la. Ada sekali sekala tu  memang lebat atau menjelang petang memang penuh lah satu pelekat. Lagi2 kalau musim cuaca panas dan kering.


Tak cukup dengan pelekat lalat, benda ni pun kami beli juga. Apa tah dipanggil ek? lupa dah.. Jenama Khind, RM200 lebih juga tak silap. Ni pun membantu juga memerangkap lalat yang tertarik kat cahaya tu. Tengok lalat yg dah kena renjat dengan besi tu..hehe!. Patutnya
digantung tapi malas la nak gantung kat siling nanti nak buang tray lalat yang warna purple
 tu kena panjat2 kerusi lak. So letak je bawah sementara nak mencari meja khas untuk letak lampu ni.

Satu je kelemahan bila letak bawah ni, kena cepat2 kosongkan bekas lalat yang dah mati tu sebabnya nanti encik semut pula datang beramai2 membawa keluar lalat2 tu pulang ke sarang.. selalu saya terpaksa sapu balik semut2 yang sedang mengusung lalat tu kat lantai huhu !

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea