Tuesday, October 7, 2014

Lampu Pagar Rumah lagi

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:17 PM
Hamboi kemain tak menyabo nak tunjuk lampu pagar baru..kikiki! Akak 'heksaited' ko. Alkisahnya mencari lampu pagar idaman susah bebenor semuanya tak berkenan. Sebelum raya haritu dah survey2 juga kat kedai-kedai lampu sekitar Batu Pahat ni..

Sekali masa tengah survey2 kat BP ni berkenan plak dengan lampu putih ni. Encik boss pun berkenan sebab bumbung lampu tu designnya berjalur-jalur macam matching pulak dengan cornice siling bumbung depan rumah saya macam pic bawah ni..



Tepek skit rupa cornice siling akak ni hehe! haaa.sama kan-samakan..hihi! haha beriya macam lah orang nak dongak n comparekan..kiki..

Tapi nak kena pre order masa tu. Harganya pula di Batu Pahat dekat nak RM600 sebiji untuk size yang besar. Dia ada 2 jenis size dan beberapa warna macam kat dalam pic atas tu. Selain putih, ada cokelat dan grey. Yang bestnya material dia bukan besi atau aluminium tapi adalah fiber. So dia takkan karat lah kononnya. 

Tapi encik boss kata kalau order kat BP pun dapat dekat nak habis syawal juga. Baik survey kat Puchong dulu kot ada stok dan lagi murah..

Last kami jumpa juga yang sama macam kami nak kat kedai di Puchong ni. Pun kena order
juga lebih kurang sebulan tapi lebih murah. Jimat RM200 untuk setiap biji..huhu!


Setelah sebulan menunggu, semalam baru dapat pasang lampu ni kat tembok. 


Gigih akak mensnap pic..hahaha!






Siap tunggu waktu nak gelap semata2 nak ada efek lampu beraksi konon haha! Kalau dah gelap terus tak nampak dah bentuk lampunya..nampak silau lampu jaaa..

Ok..suka-suka! ..hihi ! ;D

3 comments:

~ NANA ~ said...

nice sgt!!! sesuai dgn rumah sis

Irma Putri said...

cantikk...knp akk pulih mentol putih..tak guna efek mentol kuning.... lagi soothing gitew .. ke theme suci murni nak matching ng grill gate yg chantik itu

Hayatie Hashim said...

Nana: tq dear ;)

irma: dah cuba juga mentol kuning..rasa nak mentol putih plak..sbb lebih terang dan terserlah skit...kikiki

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea