Sunday, October 26, 2014

Kek Tema Mickey Impian Azri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:07 AM
 Lepas dah siap preparation goodies bag. Akhir sekali baru dapat upload gambar kek mickey yang saya dah siap2 order 2 minggu lepas. Sebabnya kek tu saya ambil pagi2 sebelum hantar azri dan terus bawa ke tadika azri pagi ahad tu juga. Malas nak simpan2 rumah dulu.



Sebelum nak tempah kek ni, azri dah siap2 dulu pilih kek yang dia nak macam mana kat google. Dia nak tema Mickey Clubhouse dengan Kawan2 Mickey sekali macam dalam Google pic sebelah kiri tu. Saya bagi je contoh kek suruh ikut lebih kurang la. Tak sebijik pun takpa..huhu




Dan hasilnya tidak mengecewakan. Pagi2 dah dapat whatsapp pic kek dari orang yang buat ni. Memang teruja saya. Terus kejut azri tunjuk pic kat dia..kemain laju je dia bangun kul 6.30am tu kalau tak memang liat lah nak kejut dia pi sekolah. Sebab pagi tu kena pergi awal skit sebab nak collect kek dan hantar goodies bag sekali kat sekolah kan. kalau lambatkan payah plak nak letak barang2 bila budak2 dah masuk dalam.


Sehari sebelum hari nak ambil kek ni saya tergerak nak order lagi sebiji kek yang sama tapi yang kecik2 setingkat je untuk buat makan dirumah. Saya terfikir kang masa ambil izzet tengok je kek abang dia tapi tak dapat nak rasa, kami pun tak dapat rasa juga kan sebab yang 2 tingkat tu semua dah hantar ke tadika..

Nasib baik juga dapat. Cuma dia kata patung kawan2 Mickey tak cukup lah sebab dia beli kat barang2 ni semua kat KL sebelum ni. Takpa lah, janji ada sebiji yang sama juga. Yang ni kecik sedikit sizenya dari kek merah atas yg 2 tingkat tu. 

Tapi syukur betul saya terfikir nak order juga extra yang kecik ni. Memang izzet tuntut nak kek macam abang dia tu. Tak sabar2 dia nak makan kek Mickey tu lepas balik dari hantar abang azri. Saya hold dulu kata nanti tunggu abang balik tengahari karang kita celebrate sama2 lagi sekali. Sebab sebelum ni kami takda beli n potong kek rumah pun.

Saya order dengan Puan Rawida dari Darnilicious Bakery. Kos kek 2 tingkat tu RM180 dan yg sebiji kecil tu RM70. Memang worth it la total RM250 tu .. :)


Sampai teacher pun tanya beli kat mana kek tu sebab rasanya pun sedap. ;)

Balik dari tadika saya tanya azri macam mana dengan kek tu, kawan2 suka tak. Dia kata semua kawan puji kek dia cantik dan sedap. Lepas tu dia kata semua kawan2 dah kawan dengan dia..hahaha! Ni pasal haritu ada kes dia ngadu dengan saya katanya sentap dengan ada kawan ni tak kawan dan tak tegur dia...hai la budak2..macam2 kan..hihi!

Alhamdulillah, tercapai juga tunaikan permintaan azri nak sambut birthday kat sekolah. Sebab tahun ni dah 6 tahun kan dan tahun akhir dia kat tadika. Saya gagahkan juga la buat persiapan dengan keadaan membuyung ni, bawa perut kehulu kehilir cari barang2..hehe!

Gambar2 azri potong kek di tadika to be continue.. ;)


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea