Thursday, September 18, 2014

Terliur Pisang Goreng Cheese

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:51 PM
Ok biasalah..time2 gini semua benda nak rasakan. Gigih nak rasa pisang goreng cheese padahal sebelum pregnant dah tahu pun kewujudan pisang cheese ni tapi takda lah beriya mencari. First time tahu bila ada member yang holiday kat Indon, tag pic pisang goreng cheese ni last year.

Disebabkan masa preggy ni tiba2 rasa nak makan kan, so kena lah dayakan..kiki. Mula2 encik boss tapaukan dari JB tapi sejam lebih nak sampai Batu Pahat, semua dah lemau. Cheese pun dah cair, takda kick dah ;(

Cuti sekolah ni balik rumah mak kan. So gigih encik boss bawakkan ke Shah Alam. Dekat Restoran Tam Nasi Ayam Seksyen 23. Kebetulan ada barang kerja yang nak diambil kat situ. Balik tu terus singgah dan pekena panas-panas. Perghh, sedar2 dah 6 ketul kena ngap. Ala 6 ketul kecik2 je pun. Bukan besar macam pisang goreng biasa tu.

Saya order Pisang goreng Cheese oreo, encik boss order yang cokelat. 

Ini menunya, yang 2 lagi tu belum cuba lagi. Macam nak repeat lagi sebelum balik ni.. hihi. Encik boss kata apa kata buat sendiri. Alahai memang la buat sendiri tapi dah nama mengidam nak makan hat beli. Kalau buat sendiri tak nama la mengidam .. :)

Bila dah kenyang tu rasa muak lak, macam dah taknak makan lagi pasni. Tapi esoknya bila time minum petang, mula lah teringat nak pekena pisang goreng cheese lagi, heh!

5 comments:

safurara said...

huaaa.sampai skrg x penah mkn lg.sadis tolll!.nk jugakkk.

amirah said...

samalaaa...ngidam nk makan pisang cheese ni dr aritu..lahai bila la nak pegi smp ke shah alam nun.. : (

Hayatie Hashim said...

safurara: hihi.. terliur kan.. ;)

amirah: jgn tgu lama2..terjah je ;)

rini.borhan said...

kawan2 kat fb pun dok update mkn pisang cheese kena cuba ni sedap sgt gamaknye

happywaytales : all about me

Hayatie Hashim said...

rini: rasa sekali sekala ok ..klu kerap2 pun muak.. favorite saya pisang cheese oreo add on milk choc..fuhhh! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea