Tuesday, September 23, 2014

My HOPES: Pembersihan Besar-besaran

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:13 PM
Apakah tajuk tiba 'My HOPES' tu.. saje je bagi singkatan untuk My House Of Happiness, singkatanya jadi My Hopes sudah, hehe! Sekarang ni saya dah tak larat nak bersihkan rumah macam ni. Memandangkan diri dah semakin membawa perut ni. Setakat memasak, menyidai baju, menguruskan budak berdua tu dan rutin mengemas yang ringan2 tu boleh lah buat lagi.


Rumah saya ni cepat berhabuk. Kira ok lagi sebab bukan tepi jalan raya kan . Dalam sebulan mesti dah penuh habuk terutamanya dekat tingkat atas. Lagi-lagi sebab sekarang ni kami semua tak tidur ditingkat atas sebab kes cervical incompetence saya ni ketika mengandung. Jadi memang doktor tak bagi berjalan sangat apetah lagi turun naik tangga.

Saya panggil tukang kemas rumah, memang orang seberang dengan upah harian RM80 sehari. Satu hari je dia kemas tingkat atas. Saya puas hati juga sebab kerjanya bersih. Segala belakang perabut, katil sofa tu, dia lap dengan alih2 lagi untuk bersihkan bahagian2 belakang dan bawahnya. Tapi tu lah lambat lah skit..huhu.

Kat tingkat atas je makan 1 hari suntuk:
Kemas, lap perabot dalam bilik dgn mop x3
cuci bilik air x3
Lap kipas siling atas x5
Balkoni atas
Lap sofa dan kabinet tv kat family hall
Lap railing tangga dan mop
:
Pheww banyak gakk tu...huhu!

Tingkap paling banyak..yang paling tak tahan TAIK CICAKKKKK. kat belakang langsir, kat frame  setiap tingkap...euwwww! Taik cicak yang dah diselaputi habuk..


Hari kedua dia kemas bawah pula. Bawah ni tak berapa kotor sangat sebab kebanyakan waktu memang saya selalu kemaskan macam sapu, vakum, dan mop skit2. Jadi kurang habuk. Kecuali habuk kat kipas dengan celah tingkap dan taik cicak lagi..grrr!

Oklah total 2hari RM160 tapi saya bagi lebih rm20 lagi..kesian. Dia mengemas pun dari pukul 10 pagi sampai ke senja..ajak makan takpa katanya. Just minum air kosong je..

6 comments:

sis ekinnuar said...

wahhh bgusnya..bersih rumah...

cik hani said...

rumah besar memang tak larat nak kemas, apetah lagi kalu tengah berbadan dua..

RM160 dah ok untuk kerja 2 hari. yang penting kerja tip top

juls julie said...

Assalam..

sama dengan saya..rumah sewa sekarang betul2 bawah flyover ke jalan reko kajang tu..mmg laluan lori2 bawak simen dengan kenderaan lain.. hari ni vacuum & mop...esok dah berhabuk semula..

rumah 2 tkt mmg rasa x larat nak kemas hari2.. biasanya saya panggil bibik part time...4 jam RM50... ok lah dengan bajet..heheh

Hayatie Hashim said...

sis ekinnuar: lega at least dah bersih skit .. ;)

cik hani: klu tak preggy mmg rajin kemas sendiri..eksesaiss hehe!

juls julie: kat area KL lagi mahal skit ek upahnye..takpala janji kemas ;)

MijaShidy said...

wah... lega la yer. bila umh bersih ati pn senang

Hayatie Hashim said...

MijaShidy: baru tak sakit mata memandang kehabukan..kikiki!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea