Friday, September 26, 2014

Home Reno: Cerita tembok dan Pagar Rumah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:55 PM

Ini pic sebelum buat tembok dan tukar pagar baru. Sebab tembok dan pagar yang ada tu macam tak berapa secure sangat. Pertama, anjing selalu keluar masuk ikut gril tembok tu. Kedua, kalau nak biar anak2 main kat depan pun macam takut orang boleh panjat masuk. Ketiga, sebab nakkan lebih privacy skit bila ada tembok dan pagar yang tinggi, penglihatan orang dari luar pun lebih terhad sedikit. 

Bila dah ada tembok tinggi gini takdalah rasa open sangat terutamanya bila nak sidai baju etc. Saya pilih design tembok biasa je. Sebenarnya takda idea nak yang macam mana. Takut kalau pelik jadi tak berkenan plak bila siap. Jadi buat je lah design selamat..hahha!

Bila dah naik tembok tinggi, pagar pun kena lah ganti. Kalau ikutkan nak pagar idaman yang macam saya cerita kat entri Homedec 2013 dulu. Siap ada LED panel kat glass dia. Tapi apakan daya, dia kat sekitar lembah klang sahaja. Jadi kami tempah pagar yang designnya lebih kurang sama. Saya memang dah aim jenis ststainless steel dan warna putih.


Cuma yang part kat kaca clear tu yang patutnya ada LED decorated glass panel depa tak boleh buat. In fact, nak buat glass yang ada motif skit pun kat area batu pahat ni takda. semua kena hantar ke JB gitu gini lebih kurang sebulan. yang mana masa tu kalau nak tunggu glass yang bercorak, alamat pagar saya tak siap sebelum raya. Last kaca biasa pun
biasalah. Lain kali lah tukar, sebab kacanya boleh tukar ganti.

Pagar masih jenis sliding juga bukan folding sebab rod besi bawah tu masih gunakan yang lama juga. Saya nak juga pintu kecil sebelah tu walaupun autogate ada spare battery kan..

Yang ini pintu kecil untuk belah belakang rumah pula.

Autogate pula siap selepas raya tuhari. Saya rasa autogate ni dah jadi macam keperluan pula. Merasalah saya menolak gate besar ni beberapa minggu selepas siap haritu, lagi tinggi dan besar pagar, lagi berat nak tolak tarik. Lagi satu faktor hujan lah, tak perlu nak basah2 kuyup turun bukak pagar. Macam saya nak amik hantar anak sekolah pun senang sebab tak payah tingal anak dalam kereta.

Harga autogate ni berbeza ikut jenis kelajuan dan brand. Serendah rm500-600 pun ada tapi speednya tak laju kalau pagar besar dan berat alamat macam siput lah dia tarik, hehe! So ikutlah jenis pagar masing2..


3 comments:

norlina jusoh said...

cantik dan kemas... suka tgk

~ NANA ~ said...

mewah sgt nampak rumah sis...suka tengok

Hayatie Hashim said...

Norlina & nana: alhamdulillah, tq dear! Design simple2 je.. ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea