Wednesday, September 24, 2014

38 days After Arabin Pessary Insertion

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:00 PM
Dah satu bulan lebih selepas saya buat Arabin Cerclage haritu. Ini kali pertama saya mencuba kaedah pessary. Kalau masa mengandung izzet dulu saya menjalani kaedah conventional cerclage (suture).

Setelah seminggu lebih lepas tu memang banyak discharge. Sama seperti kesan2 yang dialami di pembacaan artikel mengenai Arabin pessary di Internet. Selain daripada tu ada diantaranya boleh mengalami jangkitan candida pula. 

Ini yang saya alami selepas 2-3 minggu Arabin Insertion tu. Mula memang ada discharge biasa tapi tak berbau. Kemudian ianya dah mula berbau sedikit dan saya dah syak kemungkinan infection.

Masa last check up Jumaat lepas, doktor prescribed saya antibiotik dan canestan selama seminggu dulu. Kalau berulang lagi mungkin saya tak serasi  dan Arabin ni akan diremove dan buat kaedah cerclage biasa sahaja. Kalau infection berulang kali pun bahaya juga sebab boleh trigger contraction awal dan sebagainya. Huwaa kalau boleh taknak buat conventional cerclage macam dulu, nak kena masuk OT, bius bagai nih.


Sneak peak detailed scan masa check up last week. Crop pic tangan pegang telinga je dulu..kikiki! Alhamdulillah semua dalam keadaan normal setakat ni..doakan saya mudah2 semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.



5 comments:

amirah said...

edd kita mcm lebih kurng sama kot...moga dipermudahkan semuanya untuk kita berdua...yg ke3 juga..

Allene said...

cuteje tengok ni.

entry terkini...Maaf Jikaku Tak Sempurna - Dari sudut aku

Hayatie Hashim said...

amirah: amin2..! semoga semuanya selamat dan dipermudahkN utk awak juga.. ;)

Hayatie Hashim said...

allene: hehe.. tengok lengan pun cute dah cute ekk.. ;)

eLyNN said...

saya nk try to contact akak sb sy nk lalui arabin pesary ni so mcm nk tau lebih lanjut

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea