Saturday, August 2, 2014

Idea Laman: Tanam Rumput Mutiara

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:11 PM
Alhamdulillah tepat2 sebelum raya, kerja2 renovasi fasa kedua ni siap sepenuhnya. Siap cat skali. Cuma tinggal aksesori dalam je macam KC, blind yg belum siap. Saya memang tinggalkan. bahagian tepi rumah untuk lanskap. Belum decide nak beli pokok2 apa lagi..encik suami letak rumput je dulu.

Pandangan dari pintu dapur belakang.

Survey2 last encik suami pilih rumput mutiara dari rumput carpet. Katanya lebih senang nak jaga dan sesuai untuk tempat yang tak berapa kena cahaya dan terlindung. Berbanding rumput carpet kalau tak jaga betul2 ie tak cukup baja etc cepat kekuningan. Cuma ruang depan kat luar pagar je kami letak rumput carpet. tapi pic tak sempat snap ler nanti saya uupdate kat sini..

Rumput mutiara nI ditanam betul2 sehari sebelum raya.  Ingatkan kawasan secoet nI cepat le siap..rupanya makan masa 6 jam juga depa nak menanam rumput ni. Keluasan tepi rumah saya yang berumput ni seluas 800kaki persegi.

Pandangan dari bahagian hadapan sekali.

Suka tengok rumput menghijau gini. Sampai rasa sayang nak tanam pokok2 lain atas tu nak biar dia lapang je..kih kih! Bahagian ruang bertiles kat lampu ni sebenarnya akan dijadikan 2 petak tempat parking kereta. Tak nak park lagi depan pintu rumah sebab tak larat nak mengemop kesan pasir n lumpur tayar dari luar. Tinggal buh awning je.


Ni pic masa diorang tengah 'top soil' dengan tanah baja dulu. Masa buat kerja2 merumput ni banyak time malam maklumler time puasa. Lepas buka puasa je diorang start buat kerja. Rumput pun tanam malam2 sebab cuaca lebih sejuk katanya..Ikutlah!  2hari gak kerja nak tanam rumput nI.

Update cerita pasal hasil renovasi yang lain lagi..dilain entri yer. ;)


4 comments:

juls julie said...

Assalam..salam ziarah & selamat hari raya..

cantiknyerrrrrrrrrr..!!! beraya umah baru ker ari tu..? tumpang seronok tgk.. rumah sendiri lame lagi nak siappp....huhuhu

Irma Putri said...

wah cantik dah laman tepi..sejuk mata memandang kak

Lina Affendi said...

kos rumput ni lagi mahal eh dari rumput karpet? berape eh harga sekaki?

Hayatie Hashim said...

juls julie: ahah kali ni beraya kat rumah sendiri.. ;)

irma: tq dear ;)

lina affendi: RM5 sekaki siap semua skali..pasang, top soil etc..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea