Saturday, August 16, 2014

Khasiat Kayu Manis

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:20 PM
Saya dapat ni dari facebook. Tak tahu sumber yg sahih dari mana. Tapi saya share je mana tahu boleh beri manfaat pada semua...
Saya tak pernah cuba lagi tips2 guna kayu manis ni seperti dibawah..q
Saya hanya letak dalam balang gula je kulit kayu manis sebab taknak bagi semut masuk..so far memang berkesan...

Tepek kat blog untuk rujukan dikemudian hari ;)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KHASIAT KAYU MANIS

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Sapukan di bahagian berjerawat. Kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia membantu membuang angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.

4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi

Ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran di  bahagian gigi yang sakit.Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.

6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis  boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari. Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan

Lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.


2 comments:

Norliney Ghazali said...

salam.

nice blog. Baru berjinak2 dalam blog. Jemput singgah umah akk jugak.
lineyghazali.blogspot.com

tq.

Hayatie Hashim said...

wslm. .tq sudi singgah ;) ♡♡

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea